Cili Gemuk Kering Tak Pedas Kelantan saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan, kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668, 273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak atau orang tua. Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
Original: Kelantan/Thailand