Bahan-bahan:
1) 1 bungkus ADAMI PES MEE KARI (150g).
2) 600g mee kuning.
3) 1.5 liter air.
4) 6 biji taufu goreng.
5) 3 biji telur rebus.
6) Kacang panjang dipotong.
7) 12 biji bebola ikan/udang/kerang.
8) Daun bawang.
Cara Penyediaan:
1) Masukkan air dan ADAMI PES MEE KARI (150g) ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
2) Masukkan taufu goreng, bebola ikan, kacang panjang, udang atau kerang dan masak sehingga mendidih.
3) Masukkan mee kuning dan masak selama 2 minit.
4) Hidang dengan daun bawang.
5) Hidangan untuk 6 orang.
**Telur rebus belah dua dan daging ayam boleh ditambah.**