Penghantaran
Warna
Kuantiti
Sinopsis
Sejak kecil lagi aku sudah mula melukis. Aku membesar dengan kartun, anime, manga, dan bermacam-macam jenis lagi seni hiburan yang membuatkan aku terus melukis sehingga sekarang.
Entah sudah berapa ribu helai kertas yang aku gunakan, berapa ribu jam aku habiskan, dan berapa ribu ringgit aku laburkan dalam bidang lukisan. Begitu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan, semata-mata untuk terus melukis, dan melukis, dan melukis…
Sampai satu ketika, aku berhenti.
Penat.
Dan merenung kembali segala usahaku selama ini, terasa rugi. Tersangatlah rugi sekali….
Andai keuntungan dan pulangannya terhenti sekadar di sini.
Alangkah malang dan ruginya aku, jika tiada sedikit pun lukisanku selama ini yang dapat aku gunakan untuk meraih keuntungan di akhirat nanti. Lebih malang jika lukisanku bukan sahaja menjauhkan diriku sendiri, bahkan diri orang lain daripada Allah.
Nanti kelak di hadapan-Nya, apakah yang akan kujawab apabila ditanya ke manakah menghilangnya usia mudaku yang tenggelam dan lalai dalam komik, manga, anime dan drama. Apakah yang telah aku lakukan untuk menebusnya kembali?
Serta-merta kepenatan tadi hilang, dan mata penaku kembali terhunus. Aku mula membetulkan niatku, dan kembali melukis realiti. Lukisan-lukisanku kini refleksi kehidupan, yang akan aku abadikan dalam perjuangan. Ia bukan lagi sekadar dakwat di atas kertas, tetapi cerminan dakwah dan tarbiah.
Lukisan Tarbiah 2 ini, REFLEKSI untuk diriku dan dirimu.
Bacalah ia dengan mata hatimu!
******************************************
Lukisan Tarbiah 3 Air Mata Terakhir
Jujur.
Bilakah kali terakhir engkau menangis?
Dan jujur. Untuk siapakah tangisan terakhirmu itu?
Kekadang hati kita sudah terlalu gelap dan keras, tak mampu lagi mengalirkan air mata apabila memikirkan betapa banyaknya dosa yang masih belum kita insafi dan istighfari...
Betapa hanyut dan larutnya kita dalam hiburan dan gelak tawa, gagal sudah untuk kita mengalirkan air mata untuk-Nya. Namun mudah pula ia menitis, jika untuk artis drama yang tak pernah kenal pun kita siapa. Mudahnya ia menitis, jika matinya karakter fiksyen, yang tak pernah wujud pun di alam nyata. Mudahnya ia menitis, jika untuk pasangan ajnabi yang tak pernah terdetik pun mahu memimpin kita ke syurga. Mudahnya ia menitis, jika gagal mendapat pujian dan sanjungan dunia beserta isinya.
Dunia ini sebentar cuma. Yang tidak menangis kini, pastinya akan menangis nanti.
Nanti yang pasti tiba. Saat di mana setiap amalan ditimbang dan dikira walau sebesar debu kaca. Saat setitis air mata taqwa yang dialirkan di dunia, jauh lebih bernilai daripada segunung emas dan permata.
Menangislah wahai hati... Menangislah wahai jiwa...
Moga-moga tangisanmu yang terakhir ini... Adalah tangisan yang akan menyelamatkanmu dari api neraka.
Tangisan yang akan membawa dirimu ke syurga.
Semoga lukisanku ini menjadi asbab untuk air mata keinsafan. Air mata terakhir yang sering aku mimpikan.
Komik Gaza Mini #6: Lahirnya Harapan Buat Palestin (Komik Kanak Kanak Bestseller)
-
RM 10.00
No Couple Before Nikah (Buku Kisah Hati Bestseller)
-
RM 20.00
Pelukis Jalanan - Teme (Buku Kisah Hati Bestseller)
-
RM 25.00
Arkitek Jalanan - Teme (Buku Kisah Hati Bestseller)
-
RM 30.00
Dear God - Norhafsah Hamid (Buku Kisah Hati Bestseller)
-
RM 30.00
Letters to God - Norhafsah Hamid (Buku Kisah Hati Bestseller)
-
RM 30.00
PG Mall adalah platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (200801035285 (836625-K)) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.
Pelanggan PG Mall mempunyai seleksi produk yang pelbagai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Uniknya PG Mall, jumlah produk kami meningkat setiap hari dengan penambahan bilangan penjual secara atas talian bersama kami.
Kami di PG Mall berbesar hati menyambut masyarakat malah kepada peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai kami dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.
Jimat Setiap Hari Di PGMall
Di PGMall, anda boleh dapatkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pengalaman Membeli Belah Yang WOW
Berbelanja pada bila-bila masa dan dimana sahaja, kami di PGMall akan memastikan penghantaran yang cepat dan efisien.
Platform Membeli Belah Yang Dipercayai Dan Selamat
Pembelian yang selamat dan dipercayai adalah keutamaan kami. Kami mementingkan pengalaman pengguna agar pengguna merasa selamat untuk berbelanja dengan mudah. Di PGMall juga, kami menggunakan pilihan pembayaran yang selamat termasuk perbankan dalam talian dari semua Bank-bank utama di Malaysia.
Kategori
TELEFON & TABLETHuawei , VIVO , Samsung , Honor , Sony , Lenovo , One Plus , Alcatel , Meizu , OPPO , Powerbanks , Pineng , Asus , Tablet , Sarung iPad, XiaoMi , Aksesori Telefon , Cases ,arung Telefon , Dok , Telefon Asas , Tablet WiFi , Kad Memori
Komputer Riba Lenovo, Storage , Komputer Riba Asus , HP , Dell , Pencetak & Dakwat , Permainan PC ,Pencetak Pelbagai Gunas , Router , Pengimbas, Perisian , Kabel , Sarung Komputer Riba , Dakwat Inkjet , Laser Toners , Suis , Pencetak & Laserjet
SUKAN & AKTIVITI LUAR
Basikal, Perkhemahan & Pendakian, Yoga & Kesihatan , Garmin, Kelengkapan Larian , Jam & Kacamata Sukan , lagi...
KEMBARA & BAGASI
Bagasi kanak-kanak, Penutup Passport, Beg Weekender , Beg Kelengkapan Peribadi & Kosmetik , Kunci Bagasi , Beg Kembara , Jam , Kacamata , Barang Kemas , Jam Lelaki , Jam Wanita , Timex , Seiko , Casio , Nixon , Fossil , Puma , G-Shock , Baby-G , Ray-Ban , Kacamata Lelaki , Kacamata Wanita , Oakley , Barang Kemas Lelaki , Barang Kemas Wanita, Jam Lelaki , Jam Wanita
Payment
Affiliate Marketing Solutions Partner
Affilliate and Merchant Integration Partner