Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

[SB] NOVEL | Prince Charming Untuk Lily
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 80.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
May 01, 2024 - May 08, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

3 Unit lagi
Jumlah
RM 35
Gambaran Kedai
Suka Buku
3 minutes ago
Produk 2314
Pengikut 19
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Psychology & Relationships
Brand
: NoBrand
Model
: 15966049587
SKU
: 15966049587
Dimension (Length x Width x Height)
: 12.00 x 4.00 x 19.00
Weight(kg)
: 0.46
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Nama dia Lily. Anak yatim kematian ibu. Ada seorang mak tiri dan seorang adik tiri yang bernama Nini. Kerja kilang. Hobinya membeli dan membaca novel cinta. Kadang-kadang, dia beli tapi tak baca. Ah, itu biasa...


Akibat terpengaruh dengan watak-watak dalam barisan novel yang dibaca, dia bertekad mahu mencari seorang Prince Charming dalam hidupnya. Berbekalkan wajah yang cantik, dia tidak punya masalah untuk membuat senarai lelaki pilihan. Lelaki impiannya WAJIB kaya, muda dan hensem! Kalau boleh biar romantik dan ada kereta sport 16 buah! Itu bonuslah....


Tapi, wujudkah lelaki seperti itu? Bila diperlekehkan oleh Firdaus, dia rasa tercabar. Semangatnya semakin membara. Bersama Nini, si adik tiri yang sekepala gila, dia gigih berusaha mencari lelaki seperti itu. Dia mahu membuktikan kepada Firdaus bahawa tiada impian yang mustahil untuk dicapai jika kita berusaha.


Macam-macam cara dia buat. Macam-macam lelaki yang dia jumpa. Macam-macam hal yang terjadi sepanjang misi mencari Prince Charmingnya. Dia rela buat apa saja asalkan impiannya tercapai. Dia kena buktikan pada Firdaus dan Nini bahawa dia boleh mencari lelaki sebegitu.


Namun, semakin jauh dia mencari, semakin banyak dia berbicara dengan Tuhan. Tatkala impian seakan kabur, muncul si Gibran Farel Tan Sri Ghaffar sebagai penyinar. Impiannya kembali digali. Daripada satu episod pertemuan, mereka akhirnya berkesempatan berjumpa berkali-kali. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, lelaki muda kaya-raya itu memintanya untuk menjadi kekasih samaran. Menjulanglah impian Lily sehingga dia terbang di awang-awangan.


Permintaan itu diterima. Tak apalah jadi kekasih samaran pun. Manalah tahu, lama-lama boleh bertukar menjadi kekasih abadi, kan? Maka hidupnya berubah 360 darjah. Gibran benar-benar memukau pandangan. Semua ciri-ciri lelaki idaman, ada pada Gibran. Impian seakan menjadi kenyataan. Lily mula menyulam impian semakin panjang Hidupnya tak ubah bagai Cinderella moden.


Namun, saat hidup terasa berada di puncak, dia mula menyedari bahawa ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Sesuatu yang paling penting dalam hidup. Sesuatu yang sukar dinilaikan dengan apapun di dunia.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.