- Muka Surat : 138
- Sesungguhnya berubat dengan Al-Quran itu merupakan suatu perkara yang wujud dalam syariat Islam. Al-Quran ialah penyembuh dan pemberi rahmat kepada siapa yang mengimaninya dan melaksanakan ajarannya.
- Ayat-ayat (yang tertentu) dibaca atau digunakan untuk menyembuh dengan penuh keyakinan bahawa Allah Maha Pengasih dengan Al-Quran untuk memberi kesembuhan kepada orang-orang yang beriman. Justeru itu, kita mendapati para As-Salaf Ash-Shaalih (Generasi Awalan Orang Islam) adalah mereka berubat dengan berpandukan Al-Quran, sesuai dengan satu kedudukan bagaimana yang dilafazkan oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.
- Menurut pengalaman penulis dan beberapa orang individu yang lain, ternyata bahawa kitab Al-Quran itu diyakini dapat mengubati penyakit-penyakit manusia serta dijadikan panduan dan dia mengubati penyakitnya dengan sikap membenarkan, beriman, menerima (penyembuhannya) dengan penuh keyakinan maka InsyaAllah penyakitnya akan sembuh.