Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
KOMBO: Usahawan Digital Penerbit PTS Publishing House
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
Perak
Anggaran Penghantaran
Nov 21, 2024 - Nov 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 135
Gambaran Kedai
Nora 4U Shop
On Vacation
Produk 540
Pengikut 31
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Business & Investment
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: kombo-usahawan-digital
Dimension (Length x Width x Height)
: 25.00 x 17.00 x 7.00
Weight(kg)
: 1.1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Perak

Deskripsi Produk

Tajuk : KOMBO: Usahawan Digital

ISBN : kombo-usahawan-digital

Format : Softcover

Berat :  1.10 kg

 

KOMBO: KOMBO: Usahawan Digital merangkumi empat buah buku iaitu:

1. The Art of Storytelling
2. The Art of Copywriting
3. The Psychology of Selling (Edisi Bahasa Melayu)
4. Lead Like Muhammad 

 

- The Art of Storytelling
 

DAPATKAH KITA MENARIK PERHATIAN DENGAN HANYA MENULIS?

Ramai yang sukakan perhatian, lagi-lagi para peniaga. Mereka perlu ‘membina’ perhatian supaya lebih ramai orang berminat dengan produk atau servis yang mereka hasilkan.

‘Membina’ perhatian itu akan menjadi lebih mudah dengan THE ART OF STORYTELLING.

Buku ini membincangkan mengenai rahsia dan cara menulis kisah daripada ‘biasa-biasa’ menjadi ‘hebat’ dan ‘luar biasa’, seterusnya menjadi daya penarik orang untuk membacanya. Akhirnya kita berjaya mengubah pembaca itu menjadi pembeli.

Berikut adalah keistimewaan buku ini:

1. Gaya penulisan dan persembahan yang mudah dan praktikal

2. Pendekatan infografik yang memudahkan kefahaman pembaca

3. Berwarna sepenuhnya

Disertakan juga di dalam buku ini 20 template ayat jualan yang dapat diguna pakai bagi semua jenis perniagaan.

Hanya tinggal salin, sunting dan post pada media sosial jualan anda.

 

- The Art of Copywriting

 

KHAS UNTUK PENIAGA YANG NAK JANA KEUNTUNGAN JUTA-JUTA SAHAJA!

 

Ramai sebenarnya menghadapi masalah SUSAH SANGAT nak buat copywriting untuk perniagaan mereka.

Ramai juga sebenarnya yang tak perasan yang sebenarnya copywriting mereka adalah copywriting yang TIDAK BERKESAN.

Ini bukan BUKAN masalah kecil.

 

INI ADALAH MASALAH YANG SANGAT BESAR!

 

Sebab apa?

Sebab, bila susah nak buat copwriting, susah nak berniaga.

Bila susah nak berniaga, bagaimana nak jana keuntungan!

 

---

RAMAI TAK TAHU, DENGAN MENULIS SAHAJA BOLEH JANA WANG JUTA-JUTA!

Ya betul, juta-juta. Dalam erti kata lain dengan menggunakan copywriting yang power. Ini rahsia besar bagi seorang usahawan yang berjaya.

Copywriting yang power adalah copywriting yang menggunakan teknik dengan betul. Bukan copywriting yang dibuat dengan “membuta tuli” sahaja.

Oleh itu, saya kongsikan teknik-teknik tersebut di dalam buku THE ART OF COPYWRITING ini sebagai panduan kepada semua pemula mahupun yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan masing-masing.

Apa yang menarik mengenai buku ini,

  • Paparan buku yang berwarna penuh.
  • Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah.
  • Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang boleh dibuat terus!
  • Merangkumi semua teknik yang dapat disesuaikan pada semua jenis perniagaan.

Anda hanya perlu baca dan jadikan buku ini sebagai panduan di dalam perniagaan anda.

 

APA YANG MENARIK MENGENAI BUKU INI?

 

Buku ini memang saya tulis khas untuk anda untuk dijadikan panduan di dalam perniagaan anda! 

Saya juga macam anda. Bergelut dengan perniagaan yang diusahakan.

Namun, saya dapati apa yang saya buat selama ini bukan yang terbaik. Setiap hari, saya terus mengkaji dan mengkaji, belajar dan terus belajar. Sehingga saya tahu dimana kelemahan saya.
 
Daripada kelemahan ini saya ubah menjadi kelebihan dengan penuh berstrategi. Sehinggalah terhasilnya buku ini. Semuanya saya kongsi dalam buku ini.
 
 
Buku ini sangat menarik kerana:
 

- Paparan buku yang berwarna penuh (4 Colour). 

- Kulit buku dan kertas yang tebal menjadikan buku ini BUKU PREMIUM terbaik yang ada di pasaran.

- Apa yang saya sampaikan dalam buku ini SANGAT SANTAI dan MUDAH DIFAHAMI.

- Setiap teknik yang didatangkan di dalam buku ini wajib ada CONTOH sekali.

- Setiap teknik yang saya tulis dalam buku ini dapat diamalkan dan disesuaikan PADA SEMUA JENIS PERNIAGAAN.

 

---

 

“BERBALOI KE DAPATKAN BUKU THE ART OF COPYWRITTING NI?”

 

  1.  TAK BERBALOI jika anda SEKADAR BACA TANPA BERTINDAK.
  2. Tapi jika anda MEMANG MAHU BELAJAR DAN BERUBAH, ianya adalah PELABURAN ILMU YANG SANGAT BERBALOI.
  3.  Sebelum dicetak dan diterbitkan, modul ini saya telah bawa dan kongsikan dalam training saya dan ribuan peserta AMAT BERPUAS HATI DENGANNYA.

 

 

- The Psychology of Selling (Edisi Bahasa Melayu)

 

Diejek, dipandang serong & dimaki, itu adalah cabaran biasa bagi seorang jurujual.

Ada juga ejen jualan yang meluangkan masa berhari-hari untuk meyakinkan pelanggan, namun akhirnya pelanggan menyepi dan tidak membeli.

Namun, ada juga jurujual yang seolah-olah mempunyai kuasa ajaib. Jualannya sentiasa naik dan pelanggan membeli tanpa henti.

Aura mereka memang hebat, seolah-olah mereka ini mampu menjual ais kepada orang Eskimo dan mampu menjual pasir kepada orang Arab.

Apakah beza antara jurujual yang cemerlang dengan jurujual yang kecundang?

Buku The Psychology Of Selling ada jawapannya.

Ini adalah buku bestseller sepanjang zaman & dianggap sebagai rujukan utama dalam bidang jualan. Brian Tracy adalah jurujual profesional yang dianggap sebagai legenda.

Buku ini berkongsi idea, teknik & strategi untuk menjual dengan lebih pantas & lebih senang. Prinsip jualan dalam buku ini bersifat universal dan sesuai sepanjang zaman. Lebih menarik, ia sesuai dipraktikkan dalam pelbagai bidang jualan sama ada jualan langsung, e-commerce, perundingan atau profesional.

Ditulis pada tahun 2006, teknik dalam buku ini sudah teruji dan terbukti berkesan sehingga sekarang.

Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau.

Buku ini wajib dimiliki oleh para usahawan, pemilik bisnes, pengurus, eksekutif jualan, perunding kewangan, ejen takaful, jurujual dan individu yang mahu meningkatkan jualan masing-masing.

 

- Lead Like Muhammad 

 

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

 

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

 

KATEGORI 1

Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam.

Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.

Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini.

Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

 

KATEGORI 2

Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah.

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.

Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.

Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.

Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.

 

Ada 3 Bahagian Huraian Yang Dikupas Bagi Setiap Bab.

 

Isu Semasa - Menerangkan isu semasa mengenai kepimpinan yang berlaku dalam organisasi.

Hadith Pilihan - Menghurai hadith yang berkaitan yang menyelesaikan masalah isu semasa yang berlaku.

Aplikasi & SOP - Menerangkan cara aplikasi hadith & SOP yang bersesuaian dengan keadaan sekarang.

 

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan bagi pengurusan organisasi.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.