Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
KOMBO: Bestseller International + FREE EBOOK
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Nov 22, 2024 - Nov 29, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

2 Unit lagi
Jumlah
RM 146.9
Gambaran Kedai
Berjaya Bookstore
On Vacation
Produk 319
Pengikut 11
Penilaian 4.5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 15.00 x 15.00 x 5.00
Weight(kg)
: 2
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Tajuk : KOMBO: Bestseller International

ISBN : kombo-bestseller-international

Format : Softcover

Berat :  2.15 kg

 

KOMBO: Bestseller International merangkumi empat buah buku iaitu:

1. How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu
2. How to Stop Worrying and Start Living - Edisi Bahasa Melayu
3. Think And Grow Rich - Edisi Bahasa Melayu
4. How to Talk to Anyone: Edisi Bahasa Melayu

 

- How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu

Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!

Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!

Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!

Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

Dalami tip berikut:

 

  • Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
  • Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
  • Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
  • Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik

 

ISI KANDUNGAN

 

Bahagian 1: Teknik-teknik Asas Menangani Manusia

Bab 1: Apabila Ingin Mengambil Madu, Jangan Ditendang Sarang Lebahnya
Bab 2: Rahsia Besar di Sebalik Berurusan Dengan Manusia
Bab 3: Mereka yang Mampu Melakukannya Bisa Menawan Seluruh Dunia, Mereka yang Gagal Menyusuri Jalan yang Sepi

Bahagian 2: Enam Perkara yang Perlu Dilakukan supaya Orang Lain Menyukai Kita

Bab 4: Lakukan Perkara Ini dan Kita Disambut Mesra Di Mana Saja
Bab 5: Cara Mudah bagi Mendapatkan Ekspresi Pertama yang Baik
Bab 6: Apabila Kita Tidak Melakukan Perkara Ini, Kita Menuju ke Jalan Kesulitan
Bab 7: Cara Mudah Menjadi Pembicara yang Baik
Bab 8: Bagaimana Menarik Minat Orang Lain
Bab 9: Bagaimana Membuatkan Orang Lain Cepat Menyukai Kita

Bahagian 3: Bagaimana Memikat Orang Lain Mengikuti Cara Pemikiran Kita

Bab 11: Langkah Pasti bagi Menambah Bilangan Musuh dan Bagaimana Menghindarinya
Bab 12: Kalau Kita Salah, Akuilah
Bab 13: Setitis Madu
Bab 14: Rahsia Socrates
Bab 15: Injap Keselamatan dalam Menangani Aduan
Bab 16: Bagaimana Mahu Mendapatkan Kerjasama
Bab 17: Formula yang Ternyata Berhasil untuk Kita
Bab 18: Apa yang Diinginkan Setiap Orang
Bab 19: Tarikan yang Disukai oleh Semua Orang
Bab 20: Filem-filem Melakukannya dan Juga TV, Mengapa Kita Tidak Ikut Melakukannya?
Bab 21: Apabila Cara yang Lain Tidak Berhasil, Cuba Cara Ini

Bahagian 4: MENJADI PEMIMPIN: Bagaimana Mengubah Sikap Orang Lain Tanpa Menyinggung atau Membangkitkan Kemarahan

Bab 22: Kalau Kita Terpaksa Mencari Kesalahan, Begini Cara Memulakannya
Bab 23: Bagaimana Mengkritik dan Tidak Dibenci Kerananya
Bab 24: Bicara Mengenai Kesalahan Kita Terlebih Dahulu
Bab 25: Tidak Ada Orang yang Suka Diperintah
Bab 26: Biarkan Orang Lain Menyelamatkan Air Muka Mereka
Bab 27: Bagaimana Mendorong Orang Lain Mencapai Kejayaan
Bab 28: Berikan Nama yang Baik kepada Haiwan Peliharaan
Bab 29: Jadikan Kesalahan yang Berlaku Mudah Dibaiki
Bab 30: Membuat Orang Lain Berasa Senang Hati bagi Mengerjakan Apa yang Kita Cadangkan
Jalan Pintas Menuju Kejayaan

 

Biodata Dale Carnegie

Dale Breckenridge Carnegie yang dilahirkan pada 24 November 1888 ialah seorang penulis dan pengajar dari Amerika Syarikat dan seorang pelatih serta pakar motivasi dalam pelbagai kursus pembangunan diri, penjualan, kewangan, dan keterampilan interpersonal. Dilahirkan daripada keluarga miskin di pertanian di Missour. Beliau adalah penulis dari buku How To Win Friendsand Influence Peopleyang diterbitkan pada tahun 1936. Buku tersebut adalah buku terlaris di seluruh dunia sehingga kini.

Buku tersebut diterbitkan kembali oleh PTS Publishing House dalam edisi Bahasa Melayu pada 8 Mac 2010. Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku tersebut sudah berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia, terutama dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

Edisi How To Win Friends and Influence Peopleyang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku tersebut, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

Beliau juga menulis biografi Abraham Lincoln, berjudul Lincoln the Unknown, serta beberapa buku yang lain.

 

 

How to Stop Worrying and Start Living - Edisi Bahasa Melayu

Buku ini menghimpunkan koleksi resipi kejayaan yang sudah terbukti keberkesanannya bagi menghapuskan ketakutan dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, kita tidak akan menemui sesuatu yang baru di dalam buku ini. Sebaliknya, kita hanya menemui banyak perkara yang sudah biasa kita dengar, tetapi jarang diamalkan.

Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:

. Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan

. Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan

. Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita

. Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia

. Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan

. Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik

. Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan

 

. Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan

 

ISI KANDUNGAN

 

Bahagian 1 : Fakta Asas Kebimbangan

Bahagian 2 : Teknik Asas Menganalisis Kebimbangan

Bahagian 3 : Cara Hilangkan Kebimbangan Sebelum Ia Membinasakan Kita

Bahagian 4 : Tujuh Cara Memupuk Minda Supaya Tenang dan Bahagia

Bahagian 5 : Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan

Bahagian 6 : Cara Mengelakkan Kebimbangan Apabila Dikritik

Bahagian 7 : Enam Cara Elak Letih dan Bimbang, Serta Kekalkan Tenaga dan Semangat yang Tinggi

Bahagian 8 : 31 Kisah Benar Bagaimana Mengatasi Kebimbangan

 

 

- Think And Grow Rich - Edisi Bahasa Melayu

 

Buku-buku kewangan yang ada pada masa kini banyak mengajar pembaca supaya berjimat cermat, menabung, meningkatkan pelaburan, bersara awal, dan melangsaikan hutang secepat mungkin. Namun, tidak ada satu pun buku kewangan yang mampu menandingi buku ini. Mengapa?

 

Think and Grow Rich langsung tidak menyentuh soal kemahiran teknikal dalam bidang kewangan, tetapi buku ini membantu pembaca mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Turut diringkaskan dalam buku ini ENAM langkah mencapai kekayaan:

 

1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, “Saya mahu banyak wang.”

 

2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan.

 

3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.

 

4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.

 

5) Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang

diperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.

 

6) Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu

sebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.

 

Sumber kekayaan yang paling penting bukanlah material, tetapi aset rohani yang jauh lebih bernilai, iaitu semangat, kemahuan, visi dan matlamat, serta keupayaan mengawal minda. Semestinya Think and Grow Rich adalah karya terbaik yang mampu membimbing pembaca supaya sentiasa memanfaatkan sumber yang tidak ternilai ini.

 

 

- How to Talk to Anyone: Edisi Bahasa Melayu

 

Buku How to Talk to Anyone adalah buku berbentuk teknikal dan bersifat modul. Ia adalah sebuah buku komunikasi bersifat malar segar, dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan komunikasi yang sangat berkesan. Diakui, kemahiran berkomunikasi bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan dalam menjalani kehidupan seharian. Komunikasi yang baik dan jelas bukan sahaja dapat membantu memudahkan kita menguruskan kehidupan, malahan dapat membina silaturrahim dan ukhuwah yang sihat dan harmoni.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.