Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

[SB] SIRI Cakar Ayam Seorang Doktor
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 80.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 29, 2024 - May 06, 2024

Warna

SIRI

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

3 Unit lagi
Jumlah
RM 27
Gambaran Kedai
Suka Buku
16 minutes ago
Produk 2314
Pengikut 18
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: KataPilar Books
Model
: 12583722127
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 14.00 x 1.00 x 21.00
Weight(kg)
: 0.3
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

CAKAR AYAM DOKTOR

“Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan (bukan semua ubat dalam bentuk pil!).


Sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit.


Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal!


Ini buku dari manusia untuk manusia.

Di sebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna-warni. Para doktor dengan hidup cacamarba dan aneka ragam.


Selamat datang ke dunia ‘doktor-doktor’ yang tak semestinya putih.

(‘Kot putih’ mereka pun biasanya kelabu juga)



CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0

Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala?


Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan.


Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya!


DIAGNOSIS: Sakit Hati


RAWATAN:

1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.

2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.

3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.


Dan paling penting…


4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.


Mudah-mudahan hati anda terubat!



CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 3.0

Syhhhh…!


Jika anda ke hospital pasti akan ternampak mereka yang berbaju putih.

Mukanya naïf. Rajin. Baik. Peramah. Sesekali menggentel kepala stetoskop yang tergantung di leher. Sesekali menulis-nulis di dalam kad rekod pesakit. Kelihatan nerdy dan ulat buku.


Ya lah, para doktor itu lah.


Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak innocent mereka. Seperti Clark Kent menyembunyikan baju ‘S’ ketat di balik kemeja dan cermin matanya. Seperti Peter Parker menyembunyikan sawang labah-labah dalam tubuhnya. Atau Bruce Wayne yang menyembunyikan mengantuknya kerana berjaga malam menyamar jadi kelawar.


Mereka ini juga sebenarnya ada kuasa tersembunyi. Super-power yang selama ini dijaga rapi selama bergenerasi.


Tapi ini rahsia tau.


Syhhhh…!


Kuasa apa? Ish… Kalau nak tahu, cuba belek naskhah ini. Dari depan hingga belakang… pasti akan berjumpa.


Ini rahsia tau



CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 4.0

Nak kurus?


Nak sihat?


Nak awet muda?


Tidak. Kami tidak jual ubat atau suplemen. Bukan semua ubat dalam bentuk pil. Apa yang anda perlukan hanya disiplin, tekad dan sasaran - juga diet dan senaman!


Pemakanan dan senaman.


Dua ‘ubat ajaib’ untuk kesihatan. Organik, halal, dan tiada bahan kimia, bahkan diamalkan sejak turun-temurun. Terbukti untuk hampir semua penyakit. Tak perlu belanja besar. Tak perlu testimoni. Tak perlu ejen atau stokis.


Siapa kata doktor-doktor hanya tulis preskripsi? Di klinik kadangkala 70% daripada masa konsultasi hanya untuk membebel pasal:


“Pakcik, jaga makan!”


“Makcik, banyakkan senaman!”


Tunggu apa lagi. T-shirt, siap! Seluar trek, siap! Stokin dan kasut, siap! Jom kita... err, aduh, memulas perut pula!

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.