Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Buku : Buku Pink Cerita- Cerita Ibu Mengandung , Lagi Cerita Mengandung 2.0 , Mengandung Lagi 3.0
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Buku Pink

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

33 Unit lagi
Jumlah
RM 26
Gambaran Kedai
KREATIF SPARK
8 hours ago
Produk 1136
Pengikut 44
Penilaian 5
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 13.00 x 20.00 x 1.00
Weight(kg)
: 0.35
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Tajuk: Buku Pink Cerita-Cerita Ibu Mengandung
ISBN: 9789672014300
Menjadi pesakit buku pink adalah pengalaman yang sama, tapi tak serupa untuk semua wanita.
Kehamilan dan kelahiran adalah fitrah. Ia menggambarkan kasih sayang, cinta, juga harapan. Ia bukan sekadar tolak ansur, tetapi pengorbanan wanita yang sangat menguji. Kerana itu ia menjadi satu perjalanan penting seorang wanita. Mendebarkan, serta penuh dugaan – fizikal apatah lagi emosi. Menjadi ibu muda, mengandungkan anak pertama apatah lagi. Hari ini terlalu banyak kumpulan ‘ibu mengandung’ di media sosial yang semberono memberi info dan nasihat kesihatan – banyak yang ternyata amat berbahaya dan menyeleweng. Naskhah pink ini berkongsi banyak cerita, pengalaman para petugas kesihatan mengendalikan kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, menyedihkan, menggembirakan. Berwarna-warni -- bukan sekadar pink! Juga info dan kupasan isu dan salah faham semasa mengenai kehamilan dan kelahiran.
Ia naskhah wajib para wanita (juga para lelaki yang prihatin)!


Tajuk: ​Buku Pink 2.0: Lagi Cerita-cerita Ibu Mengandung & ​Buku Pink 3.0: Cerita-Cerita Ibu Mengandung Lagi??

ISBN: 9789672014539 & ISBN: 9789672014942
Penulis : Dr. Nur Hanisah, Dr. Ilham Alia, Dr. Aimi Rahayu. Dr. Ainul Arina, Dr. Muhammad Izzat, SN Rosnalizawati Hamzah, JM Harmuny, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Dr. Sakinah Sulong, Dr. Suhaidin Che Ngah, Prof. Dr. Imelda Balchin

SINOPSIS
Kehamilan bukan semata-mata menjadi (bakal) ibu, bahkan ia hadir dengan pelbagai harapan, tugas dan tanggungjawab lain. Ia proses alami yang amat besar nilai manusiawinya. Lantaran itu, gelaran ‘ibu’ dan segala keistimewaannya hanya dikalungkan ke leher dan bahu seorang wanita. Perjalanan dari mula hamil, kelahiran, seterusnya menyusu dan mendidik anak, sekalipun indah, tidak terlepas daripada ujian dan komplikasi. Kadangkala mendorong para wanita terpilih ini ke sudut yang terdesak, sehingga ada pihak yang semberono mengambil kesempatan atas ruang ini. Di media sosial terlalu banyak ‘kumpulan’ yang cuba memberi maklumat dan nasihat yang menyeleweng bahkan membahayakan, demi mengaut keuntungan. Lantaran itu naskhah ini lahir, demi memperbetul dan memahamkan masyarakat awam tentang buku pink dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ia sejumlah catatan pengalaman, cerita, dan catatan para petugas kesihatan menangani kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, sedih, gembira, informatif. Ya, kehamilan tidak semestinya berwarna pink, bukan? Selamat menjadi (bakal) ibu atau bapa. Ini naskhah wajib untuk anda!
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.