Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Kombo Ustazah Asma Harun
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Nov 15, 2024 - Nov 22, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 104.5
Gambaran Kedai
vken specialist
13 minutes ago
Produk 111
Pengikut 62
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: Galeri Ilmu
Model
: Agama
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.00 x 16.00 x 8.00
Weight(kg)
: 0.5632
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

1. Sahabat Dunia Akhirat

Sahabat Dunia Akhirat
Penulis: Ustazah Asma’ Harun 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-889-5
Kod: GB 0610
Tebal: 184 m/s
Isi Dalam: 4C
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.2 cm
Berat: 0.31 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM 25.00/ 27.00*

DETAIL:

Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.

Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala.


Buah tangan pertama Ustazah Asma’ Harun ini bukan sekadar ayat-ayat indah yang menyentuh hati dan disulam syair, malah ia diserikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan.


Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan, pengalaman hidup dan doa-doa sebagai panduan untuk para pembaca.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 

2. 6 Surah Pilihan & Al-Ma'thurat


6 Surah Pilihan & Al-Ma'thurat
ISBN:  978-983-097-970-0
Penyusun: Ustazah Asma' Harun
Kod: GB0691
Saiz: 21cm X 14.8cm (Portrait)
Jumlah ms: 152
Teks Dalam: 4C
Berat: 0.3 kg
Harga: RM30.00 / RM32.00

Sinopsis

Naskhah istimewa ini menghimpunkan enam surah pilihan yang lazim dibaca setiap hari oleh umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah .

Kesemua surah tersebut dilengkapi dengan terjemahan per baris bagi memudahkan pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat. Di samping turut disertakan dalil-dalil fadhilat di bahagian akhir setiap surah.

Buku ini juga memuatkan al-Ma’thurat, yang merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan as-Syahid Imam Hasan al-Banna. Setiap zikir dan doa disertakan dalil daripada Al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah . Ia bertujuan supaya pembaca dapat mengamalkan al-Ma'thurat dengan lebih yakin dan mengetahui sandaran nas.





 Antara kelebihan mengamalkan al-Ma’thurat ialah:

-           Dilindungi daripada gangguan syaitan

-           Dijauhkan daripada kemudaratan

-           Menghidupkan hati

-           Menghilangkan rasa duka cita

-           Memperoleh syafaat Rasulullah  pada hari Kiamat

-           Dimudahkan urusan bagi melunaskan hutang







3. Ada Syurga Di Rumahmu

ADA SYURGA DI RUMAHMU
ISBN: 978-983-097-890-1
Penulis: Ustazah Asma' Harun
Kod: GB0679
Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 392 ms
Berat: 0.9 kg
Teks Dalam: 4C
Harga: RM55.00/RM57.00

SINOPSIS

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)

Buku yang ada di tangan para pembaca ini bukan sebuah buku kekeluargaan yang biasa. Ia didatangkan dengan isi kandungan yang istimewa di mana terdapat banyak panduan praktikal mengenai cara untuk mewujudkan sebuah syurga di dalam rumah tangga.



Apabila kita bercerita tentang sebuah rumah, di dalamnya terdapat beberapa komponen penting. Antaranya keluarga, ruang tamu, sudut ibadah, kamar tidur, bilik mandi dan dapur.

Ramai yang menyangka bahawa tempat untuk melakukan ibadah di dalam rumah hanyalah di ruang ibadah sahaja. Walhal, ruang tamu, dapur dan kamar tidur juga boleh dijadikan sebagai ruang untuk melakukan ibadah dan amal soleh.


Persoalannya, bagaimana cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan semua ruang itu untuk dijadikan sebagai ladang mendapatkan pahala dan lapangan untuk membina sebuah syurga rumah tangga?

Para pembaca boleh membaca buku ini dari awal sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.








#uah
#ustazahasmaharun
#galeriuai
#6surahpilihan
#adasyurgadirumahmu
#sahabatduniaakhirat

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.