Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Akal Budi Adikarya Sulalat al-Salatin | Muhammad Haji Salleh
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Potongan penghantaran sehingga RM 4.50 di East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 100.00
Potongan penghantaran sehingga RM 4.50 di West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 100.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

1 Unit lagi
Jumlah
RM 35
Gambaran Kedai
Caribuku.com.my
43 minutes ago
Produk 4072
Pengikut 241
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  History & Cultures
Brand
: Penerbit USM
Model
: Not Specified
SKU
: 9789674614010
Dimension (Length x Width x Height)
: 26.00 x 19.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.45
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Tajuk: Akal Budi Adikarya Sulalat al-Salatin
ISBN: 9789674614010
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Muhammad Haji Salleh
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 221
Halaman: Hitam Putih 

Format: Softcover
Berat (kg): 0.35 kg 
Dimensi (cm): 24.2 cm x 16.6 cm x 1.2 cm

 

 Sinopsis

 

Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya paling canggih, pintar dan penting dalam seluruh khazanah sastera Melayu. Bahasanya dianggap misali dan halus serta memperlihatkan genius dan pemikiran pengarangnya, Tun Seri Lanang. Seterusnya, sebagai suatu usaha mencari bayangan jiwa dan roh Melayu, penulis buku Akal Budi Adikarya: Sulalat al-Salatin memasuki Sulalat al-Salatin serta cuba mengenal pasti kejayaan bahasa, naratif dan tebaran temanya. Terdapat 34 bab dalam karya agung ini yang membincangkan berbagai-bagai persoalan – bermula daripada asal usul raja-raja Melayu daripada Iskandar Zulkarnain, melalui raja-raja Cola, hinggalah ke Bukit Seguntang.

Dari sinilah terpancar sejarah zuriat raja-raja Melayu – ke Melaka, Minangkabau, Siak dan Kampar. Tema-temanya cukup sarwajagat – daripada nafsu penaklukan untuk mengembangkan sempadan negara, hinggalah kepada nafsu memiliki wanita tercantik, kasih sayang yang jernih dan jujur, keadaan isteri dimadukan, perebutan kuasa yang tidak pernah selesai, kemegahan dan kecanggihan maritim Melaka, dan akhirnya rasuah dan kejatuhannya. Wataknya juga berbagai-bagai. Walaupun Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya agung dan penting, namun kajian tentangnya dapat dikatakan cukup langka. Kandungan buku ini ditulis dalam berbagai-bagai sudut – daripada ciri-ciri luar biasanya, hinggalah kepada kasih sayang dan berahi, perbalahan dan perancangan politik watak-wataknya. Teknik dan alatan pengisahannya juga diperincikan keistimewaannya, dan dilihat sebagai berjaya membawa berbagai-bagai tema besar ini, tersurat dan tersirat. Penulis buku ini ialah pentranskripsi manuskrip terawal karya ini, dan kini juga seorang penterjemahnya. Beliau membawakan pengetahuan yang akrab dan mendalam terhadap teks ini, dan ditambah pula kesarjanaan yang sering meneroka genius sastera Melayu – tidak terkecuali Sulalat al-Salatin. Jarang dapat kita temukan julat persoalan yang sedemikian luas oleh seorang pengkaji karya ini.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.