Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Kombo GE15LAGI (Bundle B) #GI
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

15 Unit lagi
Jumlah
RM 75
Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
15 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: GEKBGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.00 x 15.00 x 3.00
Weight(kg)
: 1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

3-in-1 


1. BIJAK URUS RUMAH SEWA

2. DEKOR-DEKOR CINTA

3. ISTERI DOMINAN


Bijak Urus Rumah Sewa
ISBN: 978-983-097-913-7
Penulis: Bija Rosly, Fida Jaafar
Kod: GB0624
Tebal: 144 ms
Harga: RM25.00/RM27.00
Berat: 0.29 kg (290 gm)




SINOPSIS

Pelaburan dalam hartanah bukan sahaja sekadar membeli rumah (atau rumah-rumah) dan menuai hasil daripadanya tanpa henti. Cabaran utama selepas urusan dokumentasi selesai dan kunci bertukar tangan adalah bagaimana cara menguruskannya dengan efisien?

Ramai yang tewas dalam bab pengurusan hartanah kerana ia melibatkan pelbagai kerenah dalam jangka masa yang panjang. Menguruskan rumah sewa bermaksud menguruskan manusia daripada pelbagai latar belakang dan bersedialah dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi. Cabaran lain adalah memastikan hartanah tersebut diselenggara dengan baik dan ia melibatkan konsistensi dan pengeluaran kos.


Pengalaman penulis dalam pengurusan rumah sewa turut diceritakan dalam buku ini. Walaupun tidak semua perkara yang indah, tapi tidak semua juga perkara yang sukar. Apa yang perlu dilihat adalah bagaimana menguruskan risiko-risiko dengan bersistem. Apabila kita faham bagaimana menguruskan risiko, perkara yang terasa susah tadi dapat diselesaikan dengan lebih mudah. 


Judul: Dekor-Dekor Cinta
ISBN: 978-983-097-892-5
Kod: GB0611
Penulis: Khairunnisa Hamzah
Tebal: 272 ms
Harga: RM30.00/RM32.00
Berat: 0.27 KG (270 gm)

SINOPSIS

Tanpa kita sedari, terlalu banyak perkara yang telah terbiasa kita lakukan dalam seharian di rumah kita sendiri, yang secara perlahan telah membunuh jiwa dan minda kita sekeluarga. 

Semoga usaha kecil ini dapat membantu membawa perubahan yang besar kepada pembaca budiman tentang:


·        Cara berfikir
·        Gaya kehidupan 
·        Persekitaran
·        Tanggapan
·        Mood dan aura
·        Juga kasih sayang.

Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam membina rumah impian semata-mata, malah lebih daripada itu. Bukan hanya berkaitan dengan mengusahakan sebuah rupa pandangan yang mendamaikan, tetapi akan juga berkait dengan proses memperindahkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan kedamaian dalam kediaman kita semua.



Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sebagai hamba-Nya, kita mencari kedamaian dengan melakukan apa yang disukai oleh Allah SWT. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam mereka bentuk kediaman, saya terpanggil untuk melakukan usaha kecil ini dengan berkongsi kaedah berfikir dan bertindak, agar pembaca dapat menghasilkan sebuah dekorasi kediaman yang sangat bermakna dan berfungsi sebaiknya.

Insya-Allah, dekor akan jadi bersebab dan mampu membantu mendidik perilaku manusia dan asbab untuk memperoleh kedamaian di kediaman kita semua.



ISTERI DOMINAN
ISBN: 978-983-097-808-6
Kod: GB0560
Penulis: Bonda Nor & Farizah Shamsudin
Tebal: 216 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00
Berat: 0.29 Kg (290 gm)


SINOPSIS


Memang benar suami adalah nakhoda rumah tangga, namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suasana dalam rumah tangga sebenarnya lebih banyak dicorakkan oleh seorang isteri.

Mengapa? Sebab seorang isteri yang gembira akan membuatkan suami lebih selesa dan anak-anak juga meraih bahagia.

Justeru persoalannya, bagaimana mahu membuat seorang isteri itu gembira? Jawapannya mudah. Seorang isteri mesti beroleh kuasa dalam rumah tangganya! Seorang isteri mesti tahu mengapa dia perlukan sesuatu, mengapa dia mesti dapat apa yang dia mahu dan jika si isteri tidak dapat perkara itu, dia mesti tahu bagaimana mahu meleburkan kehampaannya.

Inilah yang cuba dibawakan di dalam naskhah ini. Semua perkongsian di sini bukan sahaja sesuai dibaca oleh para isteri bahkan para suami juga perlu mengambil kesempatan untuk menghadam isi hati seorang isteri menerusi naskhah ini. 

Bukan semua perkara mampu diluahkan oleh seorang isteri kepada suaminya dan tidak semua rasa tak puas hati sanggup dijelaskan oleh seorang suami terhadap si isteri.


Justeru, naskhah ISTERI DOMINAN ini cuba berlaku jujur untuk memihak kepada kedua-duanya! 
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.