Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal | Martin Lings
No Rating Yet
1 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 150.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 120.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Sep 29, 2024 - Oct 06, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Caribuku.com.my
18 hours ago
Produk 6616
Pengikut 261
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: IBDE Ilham
Model
: Not Specified
SKU
: 9789671809143
Dimension (Length x Width x Height)
: 23.80 x 15.50 x 4.50
Weight(kg)
: 1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Tajuk: MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

ISBN: 9789671809143

Penerbit: IBDE Ilham

Muka Surat: 505

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2021

Pengarang: Martin Lings @ Syeikh Abu Bakar Sirajuddin

Penterjemah : Farhan Affandi dan Al-Mustaqeem M. Radhi

Format: Hardcover

Berat (kg): 0.80 kg

Dimensi (cm): 23.8 cm x 15.5 cm x 4.5 cm

 
 

Sinopsis

 

Biografi ini merupakan salah satu biografi Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah diterbitkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings menghadirkan kepada pembaca riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dengan terperinci. Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman tersebut. Ditulis mengunakan sumber-sumber yang sahih dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa, biografi ini adalah sebuah buku yang wajib dimiliki setiap orang.

 

Biografi pengarang - Martin Lings

 

Martin Lings (Abu Bakr Siraju d-Din) lahir di Burnage, Lancashire, England, pada tahun 1909. Beliau menempuh pengajian peringkat ijazah di Clifton College, Bristol, England, dan seterusnya mendalami pengajian dalam bidang sastera Inggeris di Universiti Oxford Di Oxford, beliau menjadi murid dan seterusnya sahabat karib kepada pengarang dan sarjana terkenal C. S. Lewis

Pada tahun 1939, Martin Linga mengembara ke Mesir untuk mengunjungi seorang sahabatnya yang mengajar di Universiti Kaherah, selain untuk menjadi pembantu seorang ahli sufi berbangsa Perancis, René Guénon. Sewaktu kunjungan ini Martin Lings terpaksa mengambil alih kerusi yang diduduki oleh sahabatnya di Universiti Kaherah apabila sahabatnya itu meninggal dunia dalam suatu kemalangan sewaktu menunggang kuda. Beliau memeluk agama Islam selepas itu dan menjadi murid René Guénon.

Pengetahuan Martin Lings yang amat luas dan mendalam tentang Islam, malah juga pengamalannya yang teguh dan mengakar sebagai Muslim, dapat dilihat dengan nyata pada buku Muhammad His Life Based on the Earliest Sources yang diiktiral di seluruh dunia sejak kali pertama ia terbit, pada tahun 1983, dan telah memenangi beberapa anugerah, termasuk pengiktirafan sebagai buku sirah terbaik dalam bahasa Inggeris oleh National Seerat Conference di Islamabad. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam 12 bahasa dan buku yang berada di tangan pembaca kini adalah edisi bahasa Malaysia yang pertama.

Martin Lings telah menyampaikan banyak syarahan berkenaan. Nabi Muhammad SAW di seluruh dunia, termasuk sebuah syarahan yang disampaikannya di hadapan 3,000 pendengar di Britain sempena perayaan Maulid Nabi pada 12 Mei 2005, sepuluh hari sebelum beliau meninggal dunia.


Review pembaca

 

Memang patutlah buku sirah ini diterjemahkan (terjemahan asal Muhammad: His Life Based on The Earliest Sources) ke dalam pelbagai bahasa dan diiktiraf pula sebagai buku sirah terbaik dalam Bahasa Inggeris.

Penulis Martin Lings membawa pembaca seperti saya untuk tekun setekunnya dalam mendalami perjalanan hidup Baginda Nabi Muhammad saw yang saya kasihi, walaupun bukunya tebal seperti kamus dewan (kulit tebal pulak tu), namun tidak mematahkan semangat saya dalam menghabiskan pembacaan sirah ini.

Kelebihan buku ini bagi saya adalah cara penyampaiannya yang sangat hidup, disertai pula dengan pelbagai rujukan (nota kaki), salasilah marga (puak) yang sangat terperinci, dan ada fakta baru saya temukan (tidak ditemukan sebelum ini disebabkan pembacaan saya sendiri yang terhad).

Buku ini selayaknya berada di perpustakaan rumah masing-masing untuk dikenal dan secara rasminya masuk dalam senarai buku terbaik yang saya pernah baca.

 

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.