Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Pengasas Beras Faiza - Liku Hidup dan Rahsia Kejayaan
No Rating Yet
1 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 250.00

Penghantaran Dari
Terengganu
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

2 Unit lagi
Jumlah
RM 35
Gambaran Kedai
Ara Emp Books
less than a minute ago
Produk 5022
Pengikut 77
Penilaian 5
Sertai 6 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Karya Bestari
Model
: pengasas-beras-faiza
SKU
: pengasas-beras-faiza
Dimension (Length x Width x Height)
: 23.00 x 15.00 x 1.00
Weight(kg)
: 0.37
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Terengganu

Deskripsi Produk

Tajuk: Pengasas Beras Faiza - Liku Hidup dan Rahsia Kejayaan
ISBN: 9789678609685
Penerbit: Karangkraf Sdn Bhd
Penulis: Dr. Salwa Abu Bakar
Tahun Terbitan:Cetakkan Pertama - 2020
Muka Surat: 240
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.370
Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 1cm


Sinopsis
MENARIK DALAM BUKU INI:
- Kisah hidup Faiza dari zaman beliau berada di Kaherah, Mesir membawa ke Malaysia yang penuh pahit getir hingga membawa kejayaan ‘beras Faiza’.
- Kisah tragedi pahit menimpa beliau sehingga cita-cita mahu menjadi doktor tidak kesampaian.
- Kisah tercetusnya pembuatan rempah kari dan beras Faiza sehingga menjadi terkenal.
- Kisah beliau memulakan bisnes dengan bermodalkan RM4 sahaja.
- Menariknya setiap produk Faiza.
- RAHSIA kejayaan dan prinsip beliau sehingga produk dikenali seanterio dunia.



BERMODALKAN RM4: MENGENALI EMPUNYA BERAS FAIZA

Beras Faiza sudah menjadi sinonim dalam pasaran produk Bumiputera. Di mana-mana orang mengenali produk beras Faiza sedangkan Faiza sendiri mengeluarkan produk-produk lain seperti rempah ratus, tepung, kicap dan sebagainya.

Siapakah empunya beras Faiza ini? Beliau ialah Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd yang tersohor di Malaysia. Dilahirkan pada 9 Mac 1942 di Kaherah, Mesir, beliau merupakan permata menyinari hidup keluarganya. Lantas diberi nama FAIZA bermaksud ‘kejayaan’.

Sepanjang hidup beliau dari zaman kecil membawa pelbagai kisah pahit manis sehingga membentuk jati diri yang begitu tinggi. Bakat berniaga beliau terserlah pada usia 14 tahun dalam rekaan fesyen dan menjahit yang akhirnya menghasilkan modal untuk memulakan perniagaan rempah ratus.

Siapa sangka wanita Arab yang berperwatakan lembut ini sebenarnya seorang yang tegas. Beliau sentiasa memastikan syarikat yang ditubuhkan itu perlu berada di landasan yang betul, sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Kerana itulah beliau layak diletakkan sebaris dengan usahawan ternama yang dahulunya hanya bermodalkan RM4 untuk memulakan perniagaan.

Terlahirnya produk Faiza apabila suaminya gemar makan kari. Dari situlah beliau belajar membuat sendiri rempah kari dan belajar mengenali rempah ratus orang Melayu. Minat memasak terus berkembang apabila suaminya sering memberi komen positif. Dari dapur akhirnya serbuk kari rempah Faiza menuju ke pasaran antarabangsa. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya, kemudian membancuh ramuan-ramuan tersebut untuk menghasilkan rempah kari ikan, daging, kurma dan sebagainya. Semuanya itu dibuat sendiri di rumah daripada mencuci, menjemur dan menggoreng sebelum dihantar ke kedai untuk dikisar dan diedarkan.

Seterusnya, beliau berani menjebakkan diri mengembangkan syarikat dengan mengeluarkan produk-produk lain seperti beras, tepung, kicap dan sebagainya. Namun, beras Faiza menjadi sebutan dan lebih dikenali ramai.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.