Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

🍒New NOVEL TUAN ALDRIC ARJUNA PENULIS SUCI HIDAYAT
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Mainland China
Anggaran Penghantaran
Oct 07, 2024 - Oct 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 70.2
Gambaran Kedai
Gaun emosional perempuan
2 months ago
Produk 6577
Pengikut 9
Penilaian 0
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: 31038006613
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Mainland China

Deskripsi Produk
“Tu… Tuan Aldric? Tu… tuan buat apa dekat sini?”

Tak terus menjawab, lelaki itu tenung Asmara dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Aku datang nak ambil kau. Kita akan nikah beberapa hari lagi. Mungkin lusa. Secepat yang boleh.”

Mendengarkannya Asmara terlopong. Jantung yang tadinya berdegup laju terasa berhenti berdetak serta-merta. Tak tau apa yang Asmara rasakan. Namun yang pasti ada rasa takut menjenguk. Bagaimana ‘alam’ itu nanti? Alam menjadi isteri. Isteri hanya untuk 100 hari?

“Cepatnya? Kenapa cepat sangat?”

“Itu bukan urusan kau. Kerja kau hanya ikut apa yang aku nak. Pergi kemas barang-barang kau sekarang. Ikut aku.”

🖤

“Helo…”

“Dah selesai urusan kau?” Helo Asmara tak berbalas. Terus sahaja gadis itu dihenyak dengan soalan.

“Errr… dah. Alhamdulillah. Semua dah selesai. Terima kasih, Tuan Aldric. Kalau bukan sebab Tuan Aldric…” Tak sempat Asmara habiskan baris perkataan lelaki itu terus memangkah. Tak ada masa untuk ‘bunga-bunga’ Asmara.

“Dah tu kenapa kau tak call aku?”

“Errr… saya… saya terlupa tadi. Bila dah teringat, saya baru nak call tapi tiba-tiba je Tuan Aldric dah call…”

Di hujung talian Aldric senyum sinis. Menggeleng kepala. Aldric benci alasan.

“It’s okay. Manusia memang macam tu. Mudah lupa. Masa terdesak, minta tolong macam nak meninggal. Tapi bila dah dapat pertolongan, senyap sunyi. Macam betul-betul dah meninggal.”

Asmara terdiam. Terkedu dengan kata-kata Tuan Aldric. Tajamnya perkataan lelaki itu seperti pisau. Menoreh-noreh jantung Asmara. Sumpah. Asmara bukan sengaja. Apatah lagi lupa diri. Malah Asmara tak mampu berhenti mengucapkan terima kasih dan meluahkan rasa syukur atas pertolongan Tuan Aldric.

“Kenapa diam? Memang dah meninggal?”

“Saya dengar.”

“Bagus. Jangan meninggal dulu. Kerja kau tak habis lagi. Urusan kau dah selesai. Sekarang kau kena selesaikan urusan kau dengan aku pulak. Lepas tu kalau kau nak meninggal, itu urusan kau. Faham?”

Dada Asmara terasa sesak. Kelopak mata Asmara terasa hangat. Hinanya terhutang budi.

“Saya faham.”

Aldric sengih sinis.

“Bagus. Aku akan datang ambil kau nanti.”

“Bila tuan nak datang?”

“Bila-bila aku nak. Just get ready untuk langsaikan hutang kau. Isteri untuk 100 hari,” ujar Aldric dengan nada sinis. Dan talian itu terus diputuskan tanpa menunggu balasan dari Asmara. Seakan memberitahu, Asmara sudah pun kehilangan hak atas hidupnya sendiri. Segalanya dalam aturan Aldric kini.

100 hari. Isteri untuk 100 hari. Kenapa 100 hari. Asmara tak tahu. Dan Asmara tak mampu membayangkan apa yang sedang menanti Asmara nanti. Menjadi isteri Tuan Aldric Arjuna untuk 100 hari.

🖤

“Come on, bro. Sekali pun aku terdesak. Sekali pun aku cuma nak gunakan perempuan tu untuk 100 hari, aku takkan main rembat je. Plus… untuk pastikan rancangan ni berjaya dengan cemerlangnya, aku memang perlukan perempuan yang masih dara. Masih suci. Belum pernah disentuh. Kalau tak, tak ada gunanya aku plan semua ni. Sia-sia je 100 hari tu.”
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.