Penghantaran
Warna
juzuk
Kuantiti
Cara mudah untuk anda berinteraksi dengan Al-Quran. BACA. FAHAM. AMAL. My#QuranTime menjadi platform solidariti ummah untuk belajar asas bacaan Al-Quran, zikir & tadabbur. Program ini disiarkan di TV ALHIRAH. Untuk memantapkan lagi pemahaman tentang kehebatan kitab suci Al-Quran, maka lahirlah Nota My#QuranTime sebagai rujukan lengkap untuk mereka yang cintakan ilmu Al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman. Nota ini juga merangkumi: Satu buku, satu juzuk Nota pilihan daripada penonton Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca Lebih 7,000 buku Nota My#Quran Time terjual dalam seminggu. Lebih 7,000 buah buku Nota My#Quran Time terjual dalam tempoh seminggu sejak ia diterbikan. Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, buku terbitan Karya Bestari itu adalah manuskrip daripada program My#QuranTime yang disiarkan di TV AlHijrah daripada siri pertama sehingga ke-30.
“Buku ini adalah juzuk pertama dan kita masih ada 29 juzuk lagi. Jika diikutkan perancangan, kita akan mengeluarkan satu juzuk setiap bulan," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Menandatangani Buka Nota My#Quran Time bersama Tirmizi dan Tarmizi di Kumpulan Karangkraf di sini semalam. Sementara itu, Tirmizi berkata, melalui buku Nota My#Quran Time, pembaca bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik, namun yang lebih penting, mereka dapat mempelajari mesej-mesej yang disampaikan ALLAH SWT melalui al-Quran itu sendiri. Menurutnya, buku tersebut turut diselitkan kaedah-kaedah membaca al-Quran dengan betul termasuk ilmu tajwid. Tarmizi pula berkata, selepas pengenalan ilmu tajwid dalam juzuk pertama, pembaca akan diberi pendedahan mengenai ilmu taranum pada buku Nota My#Quran Time akan datang.
“Selain menonton rancangan My#Quran Time di televisyen atau di sosial media, penting juga untuk kita memerhati dan mengulang kaji ilmu-ilmu atau dapatan-dapatan bagi menambahkan lagi kefahaman dan juga kemahiran kita dengan al-Quran, insya-ALLAH,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin mengakui sambutan yang diterima amat menggalakkan sejak tempahan awal dibuka bulan lalu. Menurutnya, pengisian buku tersebut menggunakan bahasa yang mudah dan santai bagi memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemahiran dalam al-Quran untuk membacanya termasuk kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah.
“Buku Nota My#Quran Time dijual pada harga RM30 sebuah. Kita sasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 100,000 naskah Nota My#Quran Time setiap bulan bagi setiap juzuk berdasarkan fenomena dan pengikut yang ramai bagi program tersebut,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101131/KHAS/ © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Budak Skema - Novel Remaja
-
RM 30.00
Buku Pertama Saya KOMBO 3 Buku : Buku kanak-kanak - Bacaan Kanak-Kanak - Kiddibird
-
RM 16.50
Cerita Dari Dapur - Aziah Hasan - Buku Resipi Masakan Buku Resepi
-
RM 25.00
I Lost My Way: Finding Happiness after Despair - Yasmin Mogahed
-
RM 45.00
Ilmu: Jenis & Kedudukannya
-
RM 13.00
Jodoh Daripada Dia - Wawa Akil
-
RM 29.90
PG Mall adalah platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (200801035285 (836625-K)) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.
Pelanggan PG Mall mempunyai seleksi produk yang pelbagai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Uniknya PG Mall, jumlah produk kami meningkat setiap hari dengan penambahan bilangan penjual secara atas talian bersama kami.
Kami di PG Mall berbesar hati menyambut masyarakat malah kepada peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai kami dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.
Jimat Setiap Hari Di PGMall
Di PGMall, anda boleh dapatkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pengalaman Membeli Belah Yang WOW
Berbelanja pada bila-bila masa dan dimana sahaja, kami di PGMall akan memastikan penghantaran yang cepat dan efisien.
Platform Membeli Belah Yang Dipercayai Dan Selamat
Pembelian yang selamat dan dipercayai adalah keutamaan kami. Kami mementingkan pengalaman pengguna agar pengguna merasa selamat untuk berbelanja dengan mudah. Di PGMall juga, kami menggunakan pilihan pembayaran yang selamat termasuk perbankan dalam talian dari semua Bank-bank utama di Malaysia.
Kategori
TELEFON & TABLETHuawei , VIVO , Samsung , Honor , Sony , Lenovo , One Plus , Alcatel , Meizu , OPPO , Powerbanks , Pineng , Asus , Tablet , Sarung iPad, XiaoMi , Aksesori Telefon , Cases ,arung Telefon , Dok , Telefon Asas , Tablet WiFi , Kad Memori
Komputer Riba Lenovo, Storage , Komputer Riba Asus , HP , Dell , Pencetak & Dakwat , Permainan PC ,Pencetak Pelbagai Gunas , Router , Pengimbas, Perisian , Kabel , Sarung Komputer Riba , Dakwat Inkjet , Laser Toners , Suis , Pencetak & Laserjet
SUKAN & AKTIVITI LUAR
Basikal, Perkhemahan & Pendakian, Yoga & Kesihatan , Garmin, Kelengkapan Larian , Jam & Kacamata Sukan , lagi...
KEMBARA & BAGASI
Bagasi kanak-kanak, Penutup Passport, Beg Weekender , Beg Kelengkapan Peribadi & Kosmetik , Kunci Bagasi , Beg Kembara , Jam , Kacamata , Barang Kemas , Jam Lelaki , Jam Wanita , Timex , Seiko , Casio , Nixon , Fossil , Puma , G-Shock , Baby-G , Ray-Ban , Kacamata Lelaki , Kacamata Wanita , Oakley , Barang Kemas Lelaki , Barang Kemas Wanita, Jam Lelaki , Jam Wanita
Payment
Affiliate Marketing Solutions Partner
Affilliate and Merchant Integration Partner