Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Sherlock Holmes Series - Edisi Malay (Siri 16-20)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
May 10, 2024 - May 17, 2024

Warna

Edisi

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

473 Unit lagi
Jumlah
RM 10
Gambaran Kedai
Anis yohana trading
21 minutes ago
Produk 5073
Pengikut 123
Penilaian 4.9
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 5.00 x 15.00
Weight(kg)
: 0.3
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

#16 Sherlock Holmes: Pembunuhan di Wisteria Lodge, Misteri Kotak Kadbod, Misteri Kumpulan Lingkaran Merah & Kisah Detektif yang Nazak (M6,Z29)

Pembunuhan di Wisteria Lodge

John Scott Eccles datang ke Baker Street dalam keadaan tidak terurus, marah dan keliru. Belum sempat dia menceritakan masalahnya kepada Holmes dan Dr. Watson, dua pegawai polis muncul di pintu rumah Holmes. Mereka sedang mencari Eccles untuk membantu siasatan serta mahukan keterangan daripadanya. Eccles terkejut kerana dia disyaki membunuh Aloysius Garcia, tuan rumah Wisteria Lodge tempat dia bermalam pada malam itu. Sedangkan, dia datang menemui Sherlock Holmes adalah kerana dia buntu apabila bangun pada pagi itu, seluruh isi rumah Wisteria Lodge telah hilang. Adakah benar John Scott Eccles seorang pembunuh?

 

Misteri Kotak Kadbod

Cik Susan Cushing menerima bungkusan yang menakutkan yang dipos kepadanya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak kadbod yang berisi dua cuping telinga manusia yang diletakkan bersama-sama garam kasar. Inspektor Lestrade mengesyaki ia adalah usikan nakal daripada bekas penuntut Cik Susan yang berdendam dengannya. Bagaimanapun, apabila Sherlock Holmes melihat bungkusan itu, dia serta-merta mengatakan ia adalah bukti satu jenayah serius. Holmes memberitahu Lestrade yang dia akan membantu menyiasat kes itu, bagaimanapun dia tidak mahukan pegawai polis itu memberi kredit kepada namanya kerana baginya kes itu terlalu mudah. Dari mana datangnya dua cuping telinga itu?

 

Misteri Kumpulan Lingkaran Merah

Puan Warren, seorang tuan punya rumah sewa menghadapi masalah penyewa yang aneh. Penyewanya seorang lelaki muda yang berjambang lebat, dan bahasa Inggerisnya mempunyai loghat yang pelik. Dia hanya kelihatan pada hari pertama dia berada di situ, namun selepas itu tiada sesiapa pun yang berada di rumah itu pernah melihatnya. Dia memesan barang-barang daripada Puan Warren dengan cara yang pelik, iaitu dengan menulisnya menggunakan huruf cetak pada kertas dan meninggalkannya di atas kerusi di luar bilik. Sherlock Holmes yang pada mulanya tidak berminat dengan kes itu lantas menukar fikirannya. Kenapa penyewa itu terlalu berahsia? Adakah dia seorang penjenayah yang dikehendaki atau dia cuba bersembunyi kerana takutkan sesuatu?

 

Kisah Detektif yang Nazak

 

Puan Hudson menemui Dr. Watson, menyampaikan berita Sherlock Holmes sedang sakit teruk dan tidak makan serta minum selama tiga hari. Dr. Watson terkejut kerana dia tidak tahu-menahu tentang hal itu. Apabila mengunjungi Holmes, Dr. Watson sekali lagi terkejut kerana dia tidak dibenarkan berada dekat dengan Holmes, dan sahabatnya itu tidak mahu dirawat walaupun keadaannya kelihatan sudah amat teruk. Setelah puas memujuk, akhirnya Holmes bersetuju untuk dirawat oleh seorang individu yang dipilihnya sendiri bernama Culverton Smith. Holmes mengenakan syarat tertentu kepada Dr. Watson dan mula meracau- racau. Adakah Sherlock Holmes sempat dirawat atau sikap egonya akan membawa maut ke atas dirinya sendiri?

============================================================================================

#17 Sherlock Holmes: Pelan Bruce-Partington, Misteri Kaki Syaitan, Misteri Kehilangan Lady Frances Carfax & Penghormatan Terakhir: Tugasan Perang Sherlock Holmes (L162,Z31)

Pelan Bruce-Partington

Kunjungan Mycroft Holmes menandakan ada satu kes luar biasa yang memerlukan khidmat Sherlock Holmes. Seorang kerani di jabatan kerajaan ditemui mati di tepi landasan kereta api dengan pelan rahsia kapal selam Tentera Laut berada di dalam poketnya. Mycroft mahu Sherlock Holmes menyiasat bagaimana pelan-pelan itu yang sentiasa dijaga ketat dan menjadi rahsia negara boleh berada di tangan seorang kerani biasa. Maruah kerajaan British sedang dipertaruhkan.

Misteri Kaki Syaitan

Dengan ditemani oleh Dr. Watson, Sherlock Holmes pergi bercuti ke kawasan pedalaman di Cornwall untuk berehat atas faktor kesihatan, namun di situ satu peristiwa aneh telah berlaku yang memerlukan detektif itu beraksi. Seorang wanita telah mati dan dua orang lagi adik-beradiknya terpaksa dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat ketakutan yang teramat sangat! Apakah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi begitu takut sehingga membawa maut atau menjadi gila? Kelihatan seperti ada satu kuasa ghaib yang bertanggungjawab atas perkara ini. Percutian ini pasti tidak akan dilupakan Sherlock Holmes dan Dr. Watson hingga ke akhir hayat!

Misteri Kehilangan Lady Frances Carfax
Apabila Lady Frances Carfax, waris tunggal satu keluarga bangsawan kaya dilaporkan hilang, Sherlock Holmes menghantar Dr. Watson ke Lausanne, Switzerland untuk menyiasat. Seorang lelaki berperawakan kasar dikatakan telah mengganggu wanita itu, menyebabkan dia menghilangkan diri. Dia kemudiannya dikesan di Baden, melakukan kerja-kerja amal bersama sepasang pendakwah. Siapa sebenarnya lelaki kasar itu? Adakah dia akan mendatangkan bahaya kepada Lady Frances dan pasangan pendakwah itu? Sherlock Holmes terpaksa bertindak mengejar masa, kerana pada perkiraannya maut semakin menghampiri wanita bangsawan itu.

Penghormatan Terakhir: Tugasan Perang Sherlock Holmes
Von Bork, seorang perisik Jerman berjaya menyusup ke dalam lingkungan elit London, menyamar sebagai seorang pemuda biasa yang pandai mengambil hati demi memperoleh rahsia-rahsia ketenteraan British. Dalam misi terakhirnya, dia menunggu dokumen penting daripada orang upahannya, seorang musuh dalam selimut kerajaan British bernama Altamont. Bagaimanapun setelah lama menunggu, Altamont masih belum kunjung tiba. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah Sherlock Holmes yang sudah pun tua pada ketika itu akan bertindak demi menyelamatkan negaranya? Adakah dia masih berbisa?

 

Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid His Last Bow: Some Reminiscences of Sherlock Holmes yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1917.

============================================================================================

#18 Sherlock Holmes: Misteri Klien yang Masyhur, Misteri Perajurit Berwajah Pucat, Misteri Batu Mazarin & Misteri di Rumah The Three Gables (L162,G3)

Misteri Klien yang Masyhur

Violet de Merville akan mengahwini Baron Adelbert Gruner, seorang penjenayah Austria yang diketahui telah membunuh ramai orang termasuk isterinya, dan ini merunsingkan ayahnya, Jeneral de Merville. Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk gadis itu, namun gadis itu menganggap semua cerita buruk tentang Baron itu adalah fitnah semata-mata. Seorang klien misteri yang juga risaukan Violet telah meminta Sir James menemui Sherlock Holmes dan Dr. Watson untuk meminta bantuan. Ini adalah kes yang membuatkan Sherlock Holmes seperti tidak berdaya kerana kekuatan logik dan kehebatan mindanya tidak berguna untuk memujuk seorang gadis!

 

Misteri Perajurit Berwajah Pucat

Kali ini Sherlock Holmes menulis sendiri kisah penyiasatannya setelah selalu mengkritik gaya penulisan Dr. Watson. Pada Januari 1903, James M. Dodd datang menemuinya untuk meminta bantuan selepas melalui pengalaman yang membingungkan. James mempunyai seorang sahabat baik semasa berkhidmat dalam tentera, bernama Godfrey Emsworth yang telah lama menyepi. Ayah Godfrey telah membalas surat James dan menyatakan Godfrey sedang belayar mengelilingi dunia. Bagaimanapun, James merasakan ada yang tidak kena, lalu dia ke rumah keluarga Godfrey untuk mendapatkan jawapan. Ayah Godfrey melayan James dengan dingin, dan James dapat merasakan seisi rumah itu telah menipunya. Pada malam itu, James tiba-tiba terlihat wajah Godfrey pada tingkap biliknya. Apa yang menakutkannya, wajah Godfrey kelihatan lebih pucat daripada mayat! Apakah yang dilihatnya itu benar-benar Godfrey atau hantunya? Akhirnya Holmes sedar, menulis bukannya mudah.

 

Misteri Batu Mazarin

Semasa Dr. Watson tiba di 221B Baker Street, Sherlock Holmes sedang tidur kerana kepenatan menyiasat kes kehilangan batu permata bernilai £100,000. Pembantu rumahnya, Billy menunjukkan sesuatu di tingkap yang membuatkan Watson terkejut, iaitu sebuah patung lilin menyerupai sahabatnya itu. Ini mengingatkan Watson kepada kes Perangkap Rumah Kosong, di mana Holmes menggunakan patung seperti itu untuk mengumpan penembak tepat yang memburunya. Apabila Holmes bangun, dia menceritakan bahawa dia diburu oleh seorang penembak bernama Count Negretto Sylvius, yang juga merupakan pencuri batu permata itu. Kes ini mungkin hampir sama dengan Perangkap Rumah Kosong, namun kali ini permainannya berbeza!

 

Misteri di Rumah The Three Gables
Puan Mary Maberley hairan kerana rumah lama yang didudukinya sejak dua tahun lalu tiba-tiba menarik perhatian seorang pembeli misteri yang sudi membayarnya dengan harga yang tinggi. Tambah membingungkan, pembelian itu termasuk semua perabot dan segala apa yang berada di dalam rumah itu, termasuk barang-barang peribadi Puan Maberley! Kerana berasa terlalu pelik, Puan Baberley membatalkan urusan jual beli tersebut. Sherlock Holmes yakin ada sesuatu di dalam rumah The Three Gables yang dimahukan pembeli itu, dan kemungkinan ia ada kaitan dengan perubahan sikap anak Puan Maberley sebelum dia meninggal semasa dalam urusan diplomatik di Rom.

 

Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Case-Book of Sherlock Holmes yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1927.

============================================================================================

#19 Sherlock Holmes: Misteri Puntianak Sussex, Tiga Lelaki Bernama Garridebs, Kes Jambatan Thor & Misteri Lelaki Merangkak - Edisi Bahasa Melayu (L169,G4)

Misteri Puntianak Sussex
 
Tuan Robert Ferguson datang ke Baker Street kerana dia mengesyaki isterinya adalah puntianak! Dia telah menyaksikan dengan matanya sendiri di mana isterinya dengan mulut berlumuran darah baru selesai menghisap darah bayi mereka, dan rupanya itu bukanlah perbuatannya kali pertama. Sebelum itu perbuatan isterinya itu telah beberapa kali dilihat oleh pembantu rumah mereka, bagaimanapun Tuan Ferguson enggan mempercayainya ketika itu. Bagaimana Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan kes ini? Adakah kes seperti in dapat diselesaikan?
 
Tiga Lelaki Bernama Garridebs
 
Nathan Garrideb meminta Holmes mencarikan orang yang mempunyai nama keluarga yang sama sepertinya, iaitu 'Garrideb'. John Garrideb, bekas peguam dari Kansas telah menemui Nathan dengan membawa wasiat seorang hartawan supaya mencari tiga lelaki bernama Garrideb. Mereka cuma perlu mencari seorang lagi untuk mewarisi harta yang dijanjikan dalam wasiat itu. Mendengar cerita John itu, tentulah Sherlock Holmes tahu ia kedengaran amat mencurigakan. Siapa sebenarnya John Garrideb? Apakah rahsia di sebalik nama Garrideb ini?
 
Kes Jambatan Thor
 
Maria Gibson ditemui mati di atas Jambatan Thor, dalam kawasan estet kediamannya. Pengasuh anak-anaknya, Grace Dunbar pula telah ditahan kerana membunuh. Grace mengaku bertemu dengan majikannya di atas jambatan itu sebelum kematiannya, tetapi tidak mengaku membunuhnya. Bagaimanapun, polis menemui senjata membunuh di dalam almari pakaian pengasuh itu. Senator J. Neil Gibson, pemilik estet itu percaya pengasuh itu telah difitnah. Holmes menyiasat tempat kejadian dan mendapati ada yang tidak kena pada lokasi pembunuhan itu. Holmes yakin, serpihan batu daripada jambatan itu adalah kunci untuk menyelesaikan misteri siapa pembunuh Maria Gibson, manakala Dr. Watson pula mengesyaki senator itu sendiri yang membunuh isterinya kerana dia mempunyai motif.
 
Mister Lelaki Merangkak
 
Profesor Presbury, berumur 61 tahun mula berkelakuan aneh selepas bertunang dengan seorang wanita muda. Keadaannya ini menimbulkan kerisauan Trevor Bennett, iaitu setiausahanya. Mulanya profesor itu keluar rumah selama dua minggu. Selepas pulang, personaliti profesor itu berubah menjadi bengis dan suka menyendiri. Anjing kesayangannya pun seperti tidak mengenalinya lagi apabila ia bertindak agresif dan mahu menyerangnya. Namun yang paling menakutkan, Trevor melihat profesor itu berjalan dengan cara merangkak dan keluar rumah pada tengah malam. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada profesor itu? Dan kenapa Sherlock Holmes menjadi terlalu obses dengan tarikh-tarikh dalam kes ini? Keempat-empat kisah in telah dimuatkan dalam jilid The Case-Book of Sherlock Holmes yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1927.


============================================================================================

#20 Sherlock Holmes: Misteri Surai Singa, Misteri Penyewa Berkerudung, Misteri Shoscombe Old Place & Misteri Pesara Kilang Cat - Edisi Bahasa Melayu (L162,BL161,G15)

Misteri Surai Singa

Fitzroy McPherson jatuh rebah dan mati di hadapan Sherlock Holmes, yang ketika itu sudah pun bersara dan tinggal di sebuah desa kecil di pinggir laut. Sebelum meninggal dunia, McPherson menyebut sesuatu yang bunyinya seperti ‘surai singa’. Harold Stackhurst, pengetua di sekolah di mana McPherson bekerja sebagai guru, berpendapat kata-kata McPherson itu kedengaran seperti nama seorang lagi guru di sekolahnya, Ian Murdoch, yang pernah bertengkar dan melempar anjing McPherson ke luar tingkap. Apabila memeriksa mayat McPherson yang malang itu, Holmes mendapati kesan seperti libasan cemeti yang berselirat di belakang tubuhnya, yang menjadi punca kematiannya. Nampaknya biarpun telah bersara, kes misteri tetap hadir ke hadapan pintu rumahnya!

 

Misteri Penyewa Berkerudung

Selama tujuh tahun Puan Merrilow menyewakan bilik kepada Puan Ronder, dan dia tidak pernah melihat wajah penyewanya itu kerana sentiasa memakai kerudung. Namun pada suatu hari, Puan Merrilow secara tidak sengaja ternampak wajah penyewanya itu, dan wajah itu mengejutkannya kerana ia cacat teruk. Atas satu kejadian, Puan Ronder meminta Puan Merrilow menyampaikan pesanan kepada Sherlock Holmes. Puan Ronder menyatakan, sekiranya Puan Merrilow menyebut ‘Abbas Parva’, pasti Sherlock Holmes akan datang menemuinya. Apakah misteri yang disimpan oleh wanita berkerudung itu? Apakah yang menyebabkan wajahnya cacat sehingga tiada lagi menampakkan rupa? Apakah kaitannya Sherlock Holmes dengan Abbas Parva?

 

Misteri Shoscombe Old Place

John Mason, datang mengadu kepada Holmes tentang majikannya, Sir Robert Noberton yang dirasakannya sudah gila. Sir Robert tinggal di Shoscombe Old Place bersama-sama dengan kakaknya, Lady Beatrice yang sudah uzur. Pada suatu hari, kedua-dua majikan John Mason mula melakukan perkara-perkara pelik di luar kebiasaan mereka: Lady Beatrice tidak lagi melawat kuda kesukaannya pada setiap pagi seperti yang pernah dilakukannya setiap hari selama bertahun-tahun. Sir Robert pula memberikan anjing kesayangan kakaknya kepada orang lain secara tiba-tiba. Dan pada waktu malam, Sir Robert selalu pergi ke makam bawah tanah di gereja berdekatan kediamannya secara sembunyi-sembunyi. John Mason berasa lebih takut apabila terjumpa tulang manusia yang terbakar dalam relau pemanasan di tingkat bawah tanah Shoscombe Old Place! Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyamar sebagai pelancong yang suka memancing untuk mendekati Shoscombe Old Place dan menyiasat perkara ini.

 

Misteri Pesara Kilang Cat

Josiah Amberley, seorang pembekal alatan lukisan yang sudah bersara meminta Sherlock Holmes mencari isterinya yang telah menghilangkan diri. Isterinya dipercayai telah pergi bersama jirannya, dan membawa bersama mereka wang simpanan Josiah yang banyak. Disebabkan Sherlock Holmes terlalu sibuk menyiasat kes lain, dia menghantar Dr. Watson untuk menggantikannya. Namun, kes yang disangka mudah ini mula bertukar rentak apabila Dr. Watson mendapati dirinya diekori lelaki yang ditemuinya di tepi jalan berdekatan rumah Tuan Amberley. Perkara ini membingungkan Dr. Watson. Siapakah lelaki yang mengekori Dr. Watson, dan kenapa? Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemui isteri Josiah Amberley semula?

 

Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Case-Book of Sherlock Holmes yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1927.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.