Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
Novel Karya Seni Andai Prejudis Itu
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
Perak
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 28
Gambaran Kedai
Nora 4U Shop
On Vacation
Produk 540
Pengikut 29
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 9789674691592
Dimension (Length x Width x Height)
: 18.40 x 11.30 x 3.00
Weight(kg)
: 0.53
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Perak

Deskripsi Produk

Andai Prejudis Itu

Tajuk:Andai Prejudis Itu
ISBN: 9789674691592
Penerbit: Karya Seni
Penulis: Maya Iris
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat:657
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.525
Dimensi (cm): 18.4 cm x 11.3 cm x 3 cm
===============================

Sinopsis

 

LANA KARISMA… Seorang gadis yang dianugerahkan dengan rupa yang cantik. Sesiapa yang terpandang, pasti tertarik. Ke mana sahaja dia pergi, dia pasti menjadi tumpuan. Namun kalau ada yang suka, tentu ada orang benci. Tentu ada yang sanggup melakukan apa saja demi meragut anugerah itu. “Lana tak nak hidup dengan muka macam ini!” – LANA KARISMA

FAZLEY… Dia lelaki biasa-biasa saja. Tapi dia mahu menjadi luar biasa. Pertemuan pertama dengan Lana Karisma bagaikan berada di tengah-tengah ribut taufan. Setiap perbuatannya menjengkelkan gadis itu. Namun, cinta lelaki itu sampai mati. Bantuan dihulurkan ketika Lana Karisma menghadapi saat-saat getir kehilangan identiti. “Wajah kau yang dulu dah terpahat dalam minda. Jadi, wajah itulah yang aku nampak sekarang.” – FAZLEY

ALI IMRAN… Nama itu adalah surah ketiga dalam al-Quran. Tapi, Ali Imran sendiri tidak pernah membaca kitab suci sehingga sampai ke surah itu. Hidup selama 34 tahun di Boston, dia sudah menganggap Amerika Syarikat negaranya. Dia mahu melupakan asal usulnya, sehinggalah dia bertemu dengan Lana Karisma, seorang niqabis dari Malaysia. “Awak tahu tak yang bandar ini kuat dengan Islamophobia? Sasaran mereka ialah orang yang berpakaian macam awak.” – ALI IMRAN

Karisma mengharapkan imej baharunya itu mampu menghindarkan dirinya daripada menjadi bahan cacian. Sebaliknya, imej itulah punca dia menjadi mangsa prejudis. Imran yang disangkakan anti-Islam itu pula yang menjadi penyelamat Karisma.

Apabila seorang aktivis anti-Islam dilantik menjadi senator bandar itu, gerakan pemutihan bangsa asing semakin menjadi-jadi. Musibah menimpa keluarga Imran. Bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu, Imran menemui damai di dalam sepasang mata milik Karisma.

Di sana menanti, di sini berharap. Imran mahu memiliki Karisma, manakala Fazley tidak mahu melepaskannya. Jarak akan memusnahkan kita – LANA KARISMA

She’s off limits to everyone. She’s mine – ALI IMRAN

Aku bukan nak upah. Aku nak kau! – FAZLEY

Di celah-celah kemelut cinta tiga segi, kepedihan yang pernah Karisma alami dahulu mengekori ke mana sahaja dia pergi. Kali ini dia bangkit dan melawan. Dia ada perhitungan yang perlu diselesaikan. Perhitungan yang bakal menjawab persoalan, andai prejudis itu...

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.