Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Sihate Organic Bee Products Mix 'Mix Bee Honey' 330gm +Free gift
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
May 14, 2024 - May 21, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 199
Gambaran Kedai
WanzShop
3 hours ago
Produk 30
Pengikut 13
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Health & Beauty  >  Dietary Supplements  >  Well Being
Brand
: Sihate
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 7.00 x 10.00
Weight(kg)
: 2
Manufacturing Country
: Turkey
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Keterangan Sihate Bee Products Mix 330gm


Organic Bee Products Mix merupakan madu yang mengandungi Madu Organik (85%), Pollen Organik (10%), Ratu Jeli (3%) dan Propolis Organik (2%). Bahan-bahan ini terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda.

Madu mempunyai 26 asid amino. 6 daripada asid ini sangat penting untuk hidupan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Debunga lebah (pollen) mengandungi lebih 250 bahan aktif termasuk protin, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, enzyme dan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis tahap 2.

Ratu Jeli (royal jelly) terkenal dengan kesan perlindungan terhadap kesihatan pembiakan, gangguan neorodegeneratif, penyembuhan luka dan penuaan.

Propolis dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan yang berkaitan dengan gangguan gastrousus, alergi, ginekologi, oral dan dermatologi. Propolis dalam madu ini dianalisa di Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Uludag Bursa.

 

‘Hendaklah kamu berubat dengan dua ubatan iaitu Al-Quran dan Madu …( HR Abdullah ibn Mas’ud)

 

Product of Turkey


Antara Manfaat Sihate Bee Products Mix (membantu)

1.      1. Kesihatan Jantung – Madu boleh membantu menurunkan tekanan darah, normalkan degupan jantung dan mencegah kematian sel sihat. Ini semua menyumbang kepada kesihatan jantung.

2.      2. Melegakan Batuk – Kajian pada tahun 2021 menunjukkan madu sangat bagus untuk melegakan masalah batuk dan sakit tekak. Ia dibantu oleh komponen yang mengandungi bahan antibakteria dan antiradang di dalam madu.

3.      3. Mengurangkan Risiko Menghidapi Darah Tinggi -  Kajian terhadap 4500 wanita yang berusia lebih 40 tahun mengambil madu secara sederhana terbukti mampu mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi.

4.      4. Menyembuhkan Luka Dengan Cepat – Dalam satu kajian, penggunaan madu telah membantu menyembuhkan 97% mereka yang terkena ulser berkaitan dengan diabetis.

5.      5. Mengurangkan Radang – Penyelidik mendapati madu boleh meningkatkan tahap hormon andiponektin yang boleh mengurangkan keradangan dan tambahbaik kadar gula dalam darah.

6.      6. Masalah Penghadaman – Dalam satu kajian, madu juga dipercayai dapat membantu melegakan mereka yang menghadapi masalah berkaitan penghadaman seperti cirit-birit.

7.      7. Mengurangkan Risiko Diserang Penyakit Kronik – Madu asli mempunyai bahan bertindak sebagai antioksida yang melindungi badan anda dari radikal bebas. Ia membantu melindungi dari penyakit kronik seperti kanser.

 

Kelebihan Sihate Bee Products Mix berbanding Jenama Lain

1.      1. 100% Raw – Tiada campuran atau penambahan sebarang bahan kimia.

2.      2.  2x Ujian Makmal – Madu dianalisa 2 kali oleh badan berauthoriti yang diiktiraf iaitu di Turkey oleh Republic of Turkey Ministry of Agriculture and Forestry EGE University, dan SGS/UNIPEQ di Malaysia.

3.     3.  Lulus Ujian Chloramphenicol Yang Diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - bebas dari chloramphenicol yang boleh membawa kepada kesan sampingan seperti aplastic anemia, bone marrow suppression, leukimia dan beberapa penyakit berkaitan darah.

4.     4.  Memenuhi Standard Piawaian Dunia Yang Ditetapkan – Lulus kesemua ujian yang ditetapkan dan disahkan 100% Asli. (C13, Diastase, Electrical Conductivity, HHydroxymethylfurfural, Moisture, pH, Proline , Free Acidity)

5.     5.  Diiktiraf Organik Oleh Turki dan Kesatuan Eropah (EU) – Produk dihasilkan dan diadun mengikut Undang-Undang Pertanian Organik yang diiktiraf kerajaan Turki dan EU berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh Certification of Environmental Standards GmbH (CERES)

6.     6.  Bebas dari Proses Pasteurisasi – madu tidak dikenakan sebarang proses yang melibatkan tekanan tinggi dan kepanasan yang melampau sebaliknya madu disaring kasar melalui lubang-lubang halus sekitar 300 mikron (0.3 mm).

 

Cara Penggunaan Sihate Bee Products Mix

Ambil 2 sudu besar Sihate Organic Bee Products Mix setiap pagi dan malam ketika perut kosong diikuti dengan segelas air suam.

 

FAQ

Q : Adakah Organic Bee Products Mix Sihaté ini dapat menyembuhkan penyakit saya?

A : Madu bukan ubat. Ia adalah makanan yang apabila diambil di dalam dos tertentu, Insyallah dapat membantu mengawal beberapa jenis penyakit yang ada kajian mengenainya. Namun, pengambilan madu juga perlulah diseimbangkan dengan gaya hidup yang sihat. Bagi sesetengah penyakit kronik, perlulah mendapatkan saranan doktor sebelum mengambil madu.

Q : Adakah Organic Bee Products Mix Sihaté ini benar-benar asli, bukan madu campuran?

A : Semua produk keluaran Sihaté adalah asli dan organik tanpa sebarang campuran pewarna, pengawet dan bahan-bahan lain. Anda boleh menyemak semua sijil akuan bagi Madu Pine keluaran Sihaté pada pautan ini https://sihate.com/product/organic-pine-honey-450g/.

Q : Bagaimanakah cara terbaik untuk mengamalkan Organic Bee Products Mix Sihaté ni?

A : Terdapat pelbagai cara memakan madu untuk mencapai tujuan kesihatan tertentu. Secara asasnya, madu perlu di ambil secara sederhana dan sangat bagus dijadikan alternatif kepada gula putih di dalam makanan atau minuman. Banyak pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan dua sudu besar madu setiap hari. Ikuti juga petua cara menggunakan madu di sosial media Sihaté.

Q : Berapa lamakah sebotol Organic Bee Products Mix Sihaté boleh bertahan?

A : Ia bergantung terhadap bagaimana anda menggunakannya. Jika diamalkan dua sudu besar setiap hari, Insyallah ia boleh bertahan sehingga 16 hari.

Q : Adakah kanak-kanak boleh makan Organic Bee Products Mix

A : Kesemua jenis madu digalakkan hanya untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas sahaja.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.