Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
Tazkirah Makan Dalam (L195,S50)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
Perak
Anggaran Penghantaran
Jun 26, 2024 - Jul 03, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 18
Gambaran Kedai
Nora 4U Shop
On Vacation
Produk 540
Pengikut 29
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 978-967-481-314-7
Dimension (Length x Width x Height)
: 19.30 x 13.50 x 1.00
Weight(kg)
: 0.25
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Perak

Deskripsi Produk

Tazkirah Makan Dalam (L195,S50)

Tajuk: Tazkirah Makan Dalam
ISBN: 978-967-481-314-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Anwar Nursi
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 250
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.25
Dimensi (cm): 19.3cm x13.5cm x 1.0cm


Buku ini memuatkan kisah-kisah yang dekat dengan masyarakat. Kisah-kisah cinta, kisah rumah tangga, pasangan hidup, realiti kehidupan, dan realitI masyarakat. Menyentuh tentang ujian hidup, pengalaman, dan kerisauan insan. Memuat akhlak mulia dan perkara yang dapat membuat hati bahagia. Berikutnya tip cara menangani stres mengikut acuan Islami. Kisah yang dihadapi semua orang insyaAllah.

Tujuan tulisan ini adalah supaya kita sama-sama mengingati Allah dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Ini kerana, dari mana kita datang ke situlah kita akan dikembalikan. Balasan baik adalah bagi orang-orang yang taat, beramal, dan bertakwa. Ini janji- Nya.

Tanpa mengaku-ngaku milik sendiri, dalam buku ini ada yang asli idea saya dan ada pula idea orang lain yang dikutip di sana sini. Ada kutipan daripada al-Quran, hadis Nabi s.a.w, para ulama salafus- soleh, tokoh-tokohnya yang mulia dan buku-buku yang dibaca. Sementara rujukan dan sandaran disertakan di akhir halaman.

Harapan saya pembaca membacanya sehingga selesai tanpa melangkau di sana sini dan bermanfaat hendaknya. Apa yang baik dijadikan teladan sementara yang buruk dijadikan sempadan. Andai ditemukan kesalahan, tegurlah. Andai ditemukan suatu yang baik dan berguna, doakanlah penulisnya dari kejauhan. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Maka, sekarang saya persembahkan karya yang tiada sepertinya ini ke hadapan pembaca. Bacalah dengan memulainya dengan kalimah taiyyibah Bismillahirrahmanirrahim.

Salam daripada penulis.

Al-faqirilallah - Anwar Nursi.


Ulasan Buku

 

“Buku yang luar biasa. Sungguh jika anda membaca buku ini, anda akan ‘melekat’ untuk membaca dan terus membaca.”

Buku yang luar biasa. Bersahaja tetapi sangat menyentuh kerana pendekatannya yang santai tetapi sampai. Jangan memandang rendah kepada ayat-ayat mudah yang digunakan justeru ia penuh dengan falsafah yang menarik untuk ditekuni.

Indah. Mudah. Itulah dua perkataan yang terluncur dalam hati saya apabila mula membelek-belek membaca naskhah yang dikirimkan oleh penulisnya kepada saya. Walaupun ketika itu saya kurang sihat, tetapi buku ini menyegarkan minda saya. Dan saya rasa bertuah kerana diberi perhargaan untuk menulis sesuatu berkenaan buku ini.

Buku ini banyak mengajak dalam mengajar. Serasa berkongsi tetapi jika diamati penulislah yang banyak memberi. Cerita-cerita zaman kanak-kanak, kisah-kisah biasa dalam kehidupan, kejadian, dan peristiwa yang berlaku di hadapan mata, rupanya penuh pengajaran dan hikmah jika ditulis penuh kebijaksanaan dan keterampilan.

Sungguh jika anda membaca buku ini, anda akan ‘melekat’ untuk membaca dan terus membaca. Seolah-olah membaca kisah sendiri. Ya, buku ini memaparkan kisah kita!

Saya juga tertarik kerana buku ini memasukkan rencah yang sedap dinikmati. Fakta Sains, ungkapan-ungkapan orang bijaksana disisip dengan begitu kemas dalam hujah dan pandangan. Tentu sahaja penulis telah membuat ‘homework’ yang teliti untuk memenuhi tugasan ini.

Tahniah. Penulis tidak bercerita kosong atau bermain dengan kata- kata untuk memanjangkan penulisannya. Tepat dan padat, itulah komentar saya apabila mula membaca bab demi bab secara pantas kerana masa yang terbatas.

#UstazPahrolMohdJuoi


Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.