Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
Anak Kunci Syurga Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
Perak
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 25
Gambaran Kedai
Nora 4U Shop
On Vacation
Produk 540
Pengikut 29
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 978-967-481-175-4
Dimension (Length x Width x Height)
: 15.24 x 0.10 x 22.86
Weight(kg)
: 0.48
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Perak

Deskripsi Produk

Anak Kunci Syurga Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman

Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-481-175-4
Tarikh Terbit: 15 Sep 2018
Jumlah Muka Surat: 340

=============================

SINOPSIS

Anak Kunci Syurga adalah kitab kecil yang membincangkan tentang akidah Islam, perbincangan tentang fikah asas Islam mengikut Mazhab Syafie, dan juga akhlak. Dalam edisi ini, Dato Dr Abdul Basit turut memasukkan semakan serta penerangan beliau. 
 
Kitab ini kecil dan ringkas, tetapi perbahasannya menyeluruh dalam bab ilmu fardhu ain, merangkumi beberapa bab.  Ia mengandungi perbahasan tentang akidah, keimanan, hukum-hukum yang berkaitan dengan sembahyang dan lain-lain. Kitab ini membawakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w kerana ahli sunnah tidak akan berpaling daripada nas yang sahih. 
 
Kitab ini popular di kalangan masyarakat Melayu memandangkan kepada kemasyhuran penyusunnya iaitu Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili yang menjadi guru kepada ramai tuan-tuan guru pondok Malaysia yang menuntut ilmu di Makkah sekitar tahun 50-an dan pertengahan tahun 60-an.
 
- Disampaikan dalam teks rumi dan gaya bahasa terkini
- Disertakan teks Al-Quran & hadis yang asal.
- Disertakan penjelasan dan tahqiq daripada Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman.
 
Dr. Abdul Basit mentahqiq (meneliti) kitab ini dengan sedikit huraian khasnya yang berkait dengan hadis Nabi s.a.w. Ini bagi memudahkan para pengkuliah merujuk dan menghuraikannya berdasarkan nas atau hadis yang ada dan menambahkan beberapa huraian ringkas kepada masalah yang nampak perlu kepada penjelasan untuk memudahkan masyarakat awam memahaminya.
 
Bahasa Melayu yang diguna pakai oleh penulis asal adalah bahasa Melayu lama. Pihak pentahqiq berusaha menulisnya semula dengan gaya bahasa Melayu moden yang sesuai dengan zaman ini tanpa mengubah makna asal kitab sedaya yang mungkin.
 

ISI KANDUNGAN
 
Kata Pentahqiq
Biodata
Penulis
Prakata
Penulis
Pendahuluan
  • Bab 1: AKIDAH
  • Bab 2: BERSUCI
  • Bab 3: BAB HAID
  • Bab 4: SOLAT
  • Bab 5: SUJUD
  • Bab 6: SOLAT SUNAT
  • Bab 7: SOLAT JEMAAH
  • Bab 8: SOLAT JUMAAT
  • Bab 9: SOLAT DUA HARI RAYA
  • Bab 10: SOLAT MAYAT
  • Bab 11: PUASA
  • Bab 12: IKTIKAF
  • Bab 13: ZAKAT FITRAH

Penutup

 

BIODATA PENULIS
 
Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Anas Madani adalah pelajar Malaysia yang ke-3 mendapat Ph.D. daripada Universiti Islam Madinah. Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, sekali gus sebagai penyelia di pondok itu.

Aktif memberi kuliah dan ceramah agama terutamanya berkaitan pengajian kitab-kitab turath. Selepas sekian lama Penawar Bagi Hati digunakan sebagai rujukan dalam pengajian tasawwuf, beliau mengambil inisiatif menghuraikan isi kandungan kitab ini beserta syarah dan tahqiq sejajar dengan perkembangan semasa bagi memudahkan rujukan kepada pengajar dan juga pembaca umum.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.