Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Celupan Jarum Kecil Di Lautan Ilmu Al-Quran (Edisi Baru) By Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 250.00

Penghantaran Dari
Terengganu
Anggaran Penghantaran
Apr 26, 2024 - May 03, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 38
Gambaran Kedai
Ara Emp Books
less than a minute ago
Produk 5024
Pengikut 77
Penilaian 5
Sertai 6 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: Pustaka Permata Ummah
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 23.00 x 15.00 x 1.00
Weight(kg)
: 0.37
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Terengganu

Deskripsi Produk

Tajuk: Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu Al-Quran (Edisi Baru)

ISBN: 9789672739197

Penerbit: Pustaka Permata Ummah

Penulis: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tahun Terbitan: 2020

Muka Surat: 240

Halaman: Hitam Putih & Berwarna

Format: Paperback

Berat (kg): 0.365

Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 1.2cm


DARI JENDELA IJN, TUAN GURU MENYIAPKAN SEBUAH BUKU MUKJIZAT AL-QURAN .


“Di ruangan masa ketika menerima rawatan yang dilalui di Institut Jantung Negara (IJN), saya mengambil kesempatan mendengar bacaan al-Quran secara tadabbur sebagai penawar menghadapi kesakitan, tiba-tiba terlalu banyak penemuan ilmu yang terpancar daripadanya.

Inilah sedikit catatan yang tidak mungkin mencapai noktah yang halus daripada lautan ilmu mukjizat al-Quran yang tidak bertepi. Mudah-mudahan tulisan ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua.” – Abdul Hadi Awang .


Membaca Muqadimah buku “Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu Al-Quran” karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sudah membuat hati rasa sebak. Di saat kesakitan menimpa diri akibat jantung dibedah, dicarinya al-Quran sebagai penawar ketenangan diri.


Allahu... Sungguh istimewa buku ini, ditulis di waktu seorang hamba penuh pengharapan kepada Allah dan di waktu sukar mengubat kesakitan. Tapi Allah lebih tahu dan menyayanginya, diberikan ilham yang mencurah-curah melihat keajaiban mukjizat al-Quran yang tiada bandingan dan tandingannya.


Buku ini menjadi saksi bahawa al-Quran sumber kekuatan bagi seorang hamba. Peganglah al-Quran di waktu kita lemah. Pasti terpancar cahaya yang tidak disangka-sangka kurniaan Allah.


Buku ini adalah bukti keagungan kitab suci Ilahi. . Allah hadiahkan mukjizat al-Quran di waktu hamba-Nya bergantung sepenuh pengharapan kepada-Nya.



SINOPSIS

 

Buku ini membahaskan kehebatan al-Quran sebagai mukjizat ilmu yang mencabar manusia. Ia mengandungi pelbagai hikmah dan kehebatan ilmu yang sehingga hari ini masih diterokai oleh para alim ulama dan cendekiawan. Buku ini juga memuatkan perkongsian penulis daripada pelajaran dan ibrah yang ditemui dalam pengalaman ilmiah beliau melalui pembacaan, pengkajian, dan pengajaran tafsir al-Quran di Masjid Rusila sejak tahun 1976, lebih 40 tahun yang lalu sehingga sekarang.


Penulis menghuraikan al-Quran sebagai panduan yang lengkap sebagai asas, petunjuk, ketamadunan, dan sistem cara hidup manusia. Ia disusun mengikut beberapa tema besar yang seakan menjadi sebahagian daripada maqasid al-Quran. Selain itu, penulis juga mendatangkan fakta-fakta, perbahasan sejarah, dan pandangan ulama yang sesuai dengan topik al-Quran yang dibahaskan.


Apa yang paling berharga, buku ini ditulis sewaktu penulis menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas pembedahan injap jantung pada tahun 2017. Al-Quran menjadi ubat penenang jiwa pada saat penulis menghadapi kesakitan akibat pembedahan tersebut. Semoga buku ini mendapat keberkatan dan manfaat untuk umat Islam dan manusia seluruhnya.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.