Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Buku : Sherlock Holmes (Edisi Bahasa Melayu): A Study in Scarlet & The Sign of Four
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Jul 01, 2024 - Jul 08, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

30 Unit lagi
Jumlah
RM 24.9
Gambaran Kedai
KREATIF SPARK
6 hours ago
Produk 1134
Pengikut 52
Penilaian 5
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 14.00 x 21.00 x 2.00
Weight(kg)
: 0.28
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium. Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.


CONTOH ISI DALAMAN:

Laluan menghala ke dapur dan pejabat yang diperbuat daripada papan itu penuh dilitupi debu. Kelihatan satu pintu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri. Satu pintu itu kelihatan seperti ditutup berminggu-minggu lamanya. Satu lagi adalah pintu masuk ke dewan makan. Semasa mengikuti Holmes melangkah masuk ke rumah itu, saya diselubungi perasaan sedih akibat kematian itu.

Bilik berbentuk empat segi itu kelihatan luas kerana tidak dilengkapi perabot. Kertas hias dinding berwarna terang tetapi hodoh coraknya itu kelihatan mengembang dan berkulat, tertanggal dan tergantung di sana sini, mendedahkan plaster berwarna kuning. Berhadapan dengan pintu ada sebuah pendiangan yang kelihatan gah, lengkap dengan para perapian yang diperbuat daripada jubin tiruan. Di satu sudut tempat api, terlekat sebatang tunggul lilin berwarna merah. Terdapat hanya sebuah tingkap di bilik itu yang kelihatan sangat kotor, sehingga menghalang cahaya. Akibatnya seluruh bilik itu kelihatan suram dan kelabu. Ini diburukkan lagi dengan lapisan habuk yang menyelaputi seluruh apartmen itu.

Sebelum itu seluruh perhatian saya tertumpu pada mayat yang terbaring kaku di bilik itu. Meremang bulu roma saya melihat kedua-dua belah mata si mati yang terbeliak. Umurnya mungkin 43 ataupun 44 tahun. Badannya bersaiz sederhana dan dia berdada bidang, berambut hitam kerinting halus, dan berjanggut pendek. Dia memakai kot tebal yang diperbuat daripada kain broadcloth, berserta weskot dan seluar berwarna cerah. Bajunya berkolar bersih, rapi dan lengkap dengan manset. Sebuah topi jenis top hat yang kemas dan bersih terletak di sebelah mayat.

Kedua belah tangannya terangkat ke atas kepalanya, manakala kedua-dua kakinya bersilang seumpama terkunci. Keadaan itu menunjukkan sebelum menemui ajalnya dia meronta-ronta kerana menahan kesakitan. Ekspresi ketakutan serta kebencian pada mukanya itu belum pernah saya lihat pada wajah seorang manusia. Pada wajahnya terbayang perasaan ketakutan dan kesakitan. Postur kekejangan badannya yang aneh itu diburukkan lagi oleh rupa dahinya yang rendah, hidungnya yang besar, serta rahangnya yang prognatus, menjadikan mukanya kelihatan seperti haiwan dari spesies siamang ataupun monyet. Banyak kematian yang saya saksikan, namun tiada kematian yang lebih menakutka
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.