Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

[SB] 50 Esei Hari Guru – Rangkuman Esei Bertema 50 Tahun Hari Guru Malaysia (1972-2021) [Rimbunan Publishing]
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 80.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

3 Unit lagi
Jumlah
RM 39
Gambaran Kedai
Suka Buku
9 minutes ago
Produk 2314
Pengikut 18
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Rimbunan Publishing House
Model
: 18828715258
SKU
: 18828715258
Dimension (Length x Width x Height)
: 3.00 x 13.00 x 19.00
Weight(kg)
: 0.44
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Saban tahun, Hari Guru disambut dan diraikan dengan begitu meriah, sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Pelbagai tema dilakar dan dirakamkan, menggambarkan betapa tinggi impian dan harapan negara yang diletakkan di pundak para guru. Bagi membentuk generasi akan datang yang cemerlang, guru adalah ejen yang terpenting dalam sistem pendidikan. Tanpa guru, maka pincanglah sistem pendidikan walau sehebat mana sistem itu dirangka mahupun dirancang.


Sejak pertama kali disambut pada 16 Mei 1972, Hari Guru tampil dengan tema yang bersilih ganti, sehinggalah genap tahun ke-50 negara kita meraikannmya iaitu pada tahun 2021. Buku ini menampilkan koleksi 50 buah esei yang mengupas tema Hari Guru yang disambut sepanjang 50 tahun ini, sambil membawa pembaca menelusuri perkembangan dunia pendidikan negara, dari zaman kapur tulis dan papan hijau, sehinggalah tiba pada zaman peranti di hujung jari.


Tidak dapat disangkal profession perguruan kian mencabar. Hakikat menjadi guru bukan semudah mengajar membaca dan mengira, tetapi menjadikan pendidikan sebagai landasam untuk membentuk tunjang akar budi seseorang manusia untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya tentera berjuang di medan perang, para guru pula berjuang di medan ilmu. Biar terkorban di medan tersebut, berundur tidak sesekali. Asalkan, anak didiknya menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.


Buku ini menghimpunkan esei yang bertemakan 50 tahun Hari Guru sejak 1972-2021. Antara yang dirungkai oleh para penulis adalah seperti isu peranan guru dalam kemenjadian murid, kesediaan guru menghadapi ledakan teknologi baharu, kesepakatan guru dan ibu bapa dalam membentuk sahsiah murid, peranan pengetua dan guru besar dalam menghargai usaha guru, serta banyak lagi. Penulis buku ini terdiri daripada 44 orang guru dan pensyarah yang telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan dan aktif dalam dunia penulisan.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.