Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
KOMBO TRAVELOG HAJI
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Nov 05, 2024 - Nov 12, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

2 Unit lagi
Jumlah
RM 40
Gambaran Kedai
Berjaya Bookstore
On Vacation
Produk 319
Pengikut 11
Penilaian 4.5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Travel & Tourism
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 15.00 x 15.00 x 5.00
Weight(kg)
: 2
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Tajuk: 50 Tip Motivasi Haji & Umrah

Penerbit : PTS Publishing House

Halaman : Hitam Putih 

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-481-174-7
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2018
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (kg): 0.334
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan 

Dimensi (cm):  22.7 cm x 15.1 cm x 1.2 cm

=======================

“Kreativiti sambil melihat sesuatu isu dalam keadaan sedikit berbeza memberi kesan yang luar biasa kepada khalayak pembaca.”

Jika sebaris ayat yang diperlukan, itulah yang ingin saya simpulkan setelah membaca manuskrip 50 Tip Motivasi Haji & Umrah. Begitulah ilmu Allah, sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain,boleh menjadi sumber panduan kepada yang lain.Petua-petua yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikanluar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilaisantai dan bersahaja. Bagi saya, ia anugerah Allah kepada penulisbuku ini, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah Roslan.

Isu-isu yang ditonjolkan disampaikan dengan cara yangsangat mudah sehingga khalayak pembaca tidak menyedari yangia merupakan satu isu besar. Isu menduakan Allah, berpuasa tahaptinggi dan konsep mengingati Allah secara istiqamah dihujahkandengan penuh kasih sayang.Ia sebuah buku yang mahu dan boleh dihabiskan secepatmungkin tanpa berlalu begitu sahaja. Ia akan diulang bacaterutamanya bagi bakal jemaah haji dan umrah yang inginkansesuatu yang terbaik. Ia menyentuh hati dan saya berasa damaiapabila selesai membaca manuskrip ini.

Kamaruddin Majid,
Penasihat Agama UiTM


Tajuk: TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini 
ISBN: 978-967-481-148-8
Penerbit: PTS
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Tahun Terbitan:2018
Muka Surat:280
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg):0.364kg
Dimensi (cm): 22.7cm x 15.1cm x 1.3cm
 
SINOPSIS
 
Buku "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah.
 
Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia. Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. 
 
Sebuah tulisan yang lahir daripada hati. Setiap pengalaman 35 hari di Mekah dikongsi dengan ditambah pengajaran yang penulis rasai ketika menunaikan ibadah haji di sana.
 
Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.
 
Ceritanya boleh membuatkan kita menangis dan teruja dengan tanah haram Makkah dan Madinah. Anda baca tiga halaman pertama, anda akan teruskan baca buku ini sampai habis.
 

"Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku mohon taufik dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri, apatah lagi untuk bersikap angkuh."

 "Aku mohon izin-Mu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagungan-Mu, keesaan-Mu dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku, rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini."

Itulah doa sebelum meninggalkan Masjidilharam. Doa yang dibaca bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika mengadap Multazam. Ia adalah doa sebelum bersembahyang subuh, sebelum melakukan Tawaf Widak dan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Masjidilharam.

Di kala inilah bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan ‘luar biasa’ kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping hati setelah 35 hari berada di Masjidilharam.

Bukan semua orang ada peluang dan mampu menunaikan haji di Makkah. Kadang-kadang, orang yang mampu pula tiada kemahuan untuk menunaikan haji. Ada yang sudah puas mengelilingi dunia, tetapi belum tergerak hati untuk tawaf mengeliling Kaabah. Ada yang sanggup terbang merentasi dunia demi berjumpa kekasih hati di perantauan, tetapi belum terdetik untuk bertemu cinta agung di tanah suci.

Sungguh, seruan haji adalah jemputan daripada syurga. Hanya orang tertentu dan terpilih sahaja yang mendapat keistimewaan ini. Catatan perjalanan haji yang indah dan penuh emosi ini dirakamkan secara eksklusif dalam buku ini.

Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, bukan agamawan mahupun ulama, beliau menulis daripada perspektif yang berbeza, namun sudut pandangnya tetap indah dan mampu membuai emosi pembaca. Sebagai seorang profesor dan juga golongan profesional, beliau juga berkongsi kaedah yang sistematik dan praktikal untuk memudahkan pelaksanaan ibadah haji.

Fokus kepada ibadah haji dapat terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil seperti masalah tandas, kesesakan melampau, dan suhu kepanasan yang tinggi. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum.

Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.

Kembara untuk menuju ke syurga tidak berakhir di Makkah dan Madinah. Haji bukan semata-mata beribadah di tanah suci dan kemudian kembali hanyut dengan godaan dunia di tempat asal kita.

Dengan panduan hidayah dan bimbingan Tuhan, penulis memanifestasikan pengajaran daripada perjalanan haji dalam kehidupan sehariannya selepas kembali ke tanah air. Bagi mereka yang bakal atau pernah menjejakkan kaki ke tanah suci, buku ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Ceritanya ringkas tetapi signifikan. Ceritanya indah, membuai emosi, dan pastinya mengusik hati.

 

REVIEW

 

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman adalah hasil karya yang menggoncang hati dan perasaan. Prof. Dr. Muhd Kamil berjaya membawa pembaca mengenal kebesaran Allah dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan bersahaja.”

Dato’ Dr. Zaini Mohd Arief, pembeli 1000 naskhah pertama.

 

“Saya sudah membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan terdetik di hati, siapalah saya hendak mengulas buku yang ditulis dengan sebegini baik oleh profesor yang bersungguh menjalin hubungan paling istimewa dengan Allah.”

Norlela Zubir, penulis.

 

“Saya tidak menitiskan air mata, tetapi hati saya sentiasa berderap dan berdebar setiap kali membaca kisah-kisah di Tanah Haram. Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman memberi gambaran betapa ia lahir daripada hati Prof. Dr. Muhd Kamil. Dan sudah pasti apa yang datang daripada hati akan jatuh ke hati jua.”

Ahmad Zulkarnain Jantan, ahli perniagaan.

 

“Sebuah buku ‘motivasi dakwah’ yang segar dan jujur untuk ‘orang biasa’ mencari keredaannya.”

Kamal, pembaca blog.

 

“Saya tidak percaya buku boleh mengubah saya, tetapi Travelog Haji sedikit sebanyak mengubah pandangan saya mengenai perkara itu.”

Fisha, penulis dan pengulas blog.

 

 

ISI KANDUNGAN

 

PROLOG

BAB 1: Aroma Haji 

BAB 2: Aku Manusia Jahil

BAB 3: Kad Jemputan 

BAB 4: Konsep Haji 

BAB 5: Jalan Pintas ke Syurga

BAB 6: Surat untuk Menteri

BAB 7: Siapa Jaga Anak

BAB 8: Pemeriksaan Kesihatan 

BAB 9: Bertaubat di Florence 

BAB 10: Tolol dan Tongong 

BAB 11: Cik Bedah, Anda Di Mana? 

BAB 12: Ujian Wak Lampu 

BAB 13: Mencari Keistimewaan 

BAB 14: Jangan Hantar ke Kelana Jaya 

BAB 15: Hotel Ekhwah 

BAB 16: Universiti Baitullah 

BAB 17: Ajaibnya Bumi Mekah 

BAB 18: Tolong Jaga Ibu Saya 

BAB 19: Malaikat ataupun Wali Allah 

BAB 20: Hadiah untuk Ibu 

BAB 21: Berkongsi Saf 

BAB 22: Strepsil di Masjidilharam 

BAB 23: Hajarulaswad 

BAB 24: Maal Hijrah di Mekah 

BAB 25: Kuat dan Bertenaga 

BAB 26: Teori Saf 

BAB 27: Talbiah 

BAB 28: Sesat di Arafah

BAB 29: Wukuf 

BAB 30: Sejuknya Muzdalifah 

BAB 31: Jamratul Aqabah

BAB 32: Tua di Mina 

BAB 33: Khatam Quran 

BAB 34: Ya Allah, Aku Ingin Tidur 

BAB 35: Rokok di Mekah 

BAB 36: Membeli-Belah 

BAB 37: Selamat Tinggal Mekah 

BAB 38: Nasi ataupun Solat 

BAB 39: Madinah Bumi Aman 

BAB 40: Tuhan Lebih Mengetahui

BAB 41: Sehelai Jubah Seribu Makna 

BAB 42: Dua Jam di Raudah 

BAB 43: Selamat Tinggal Madinah 

BAB 44: Haji Mabrur 

BAB 45: Cabaran Sebenar 

BAB 46: Haji Daud Tanjung Karang

BAB 47: Surau Kondo Kemuncak

BAB 48: Tulis Kisah Saya

BAB 49: Astaghfirullah 

Lampiran

Daftar Bacaan

 

BIODATA PENULIS

 

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan daripada Universiti Taibah, Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. Beliau pernah menjawat sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2003 hingga 2011. Anak kelahiran Besut, Terengganu pada 19 Mei 1964. Berkelulusan PhD daripada Universiti Wales, Sarjana daripada Universiti Dundee, Sarjana Muda dan Diploma daripada UiTM.

Beliau berpengalaman luas sebagai pentadbir akademik UiTM kerana pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sukan, Timbalan Pengarah UiTM Johor, Ketua Program Perakaunan, Ketua Pusat Pendidikan Luar dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor. Beliau adalah pengasas dan Pengarah Financial Reporting Research Center (FRRC) yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan kepakaran bidang.

Dr Muhd Kamil adalah penulis buku kreatif PhD: Kecil tapi SignifikanIbrahim Shah: Menyingkap Pengurusan UniversitiMotivasi Minda PelajarPelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting NumbersFinancial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Beliau juga menulis lebih 400 rencana dipelbagai media massa.

Blog beliau di http://muhdkamil.org adalah ruang beliau menulis tentang Kehidupan Ringkas tapi Signifikan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Beliau berkeluarga, beristerikan Raudzah Roslan dan mempunyai empat cahaya mata.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.