Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

[SB] Membongkar Mitos & Realiti Penghuni Bumi
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 80.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Nov 22, 2024 - Nov 29, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

3 Unit lagi
Jumlah
RM 37.9
Gambaran Kedai
Suka Buku
22 minutes ago
Produk 2788
Pengikut 31
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Hijjaz Records Publishing
Model
: 14974746149
SKU
: 14974746149
Dimension (Length x Width x Height)
: 15.00 x 2.00 x 21.00
Weight(kg)
: 0.4
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Buku ini digarap daripada pelbagai sisi inspirasi dan stalistik (penyusunan ilham dan gaya penulisan ) sama ada genre fiksyen (fantasi) atau bukan fiksyen (faktual). Genre fiksyennya meliputi pelbagai naratif dongengan, cerita rakyat , penglipur lara, mitos, lagenda, roman, hikayat dan pelengkapnya kisah atau riwayat israiliyyat. Citra faktualnya diserlahkan dengan sokongan keterangan al-Quran dan hadis Nabi. Lazimnya, apabila sesuatu periwayatan melalui tempoh masa yang panjang maka pelbagai unsur Israiliyyat turut menyelinap masuk apatah lagi sumber kisah atau riwayatnya hanya berdasarkan tafsiran para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in yang tidak berakhir dengan Rasulullah.


Sudah termaklum, intipati kisah atau riwayat Israiliyyat sekadar pengulangan apa yang pernah diulang-ulang sebelumnya sehingga berlakunya beberapa tokok tambah dan pengurangan . Terkadang kala, naratif sesuatu kisah atau riwayat Israiliyyat itu seperti sebuah sketsa yang menyampaikan sesuatu pada asalnya 'berita benar' yang berakhir dengan 'berita palsu'. Dari sudut tawasur Islam, segala ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang segala sesuatu fenomena, kejadian atau peristiwa atau kisah-kisah yang pernah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar, contoh teladan, pengajaran dan peringatan kepada umat manusia pada masa kini dan akan datang. Pelbagai maklumat tersebut adalah sebahagian daripada khabar atau berita ghaib yang hanya disampaikan melalui kitab-kitab suci agama-agama samawi khususnya Kitab al-Quran.


Pelbagai peristiwa dan tragedi dahsyat yang pernah menimpa umat-umat terdahulu (golongan jin dan manusia) hanya disebabkan oleh kerakusan, kesilapan dan kelalaian mereka sehingga terlanjur melakukan tindakan yang melampaui batasan. Disebabkan kufur dan fasik terhadap Allah Ta'ala, mereka tergamak melakukan pelbagai kemungkaran, kezaliman, kekejaman serta penindasan sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan di muka bumi. Semoga buku ini bermanfaat dalam memberikan ibrah atau pengajaran, memberikan panduan agar berhati-hati terhadap dakyah musuh-musuh Islam, membantu menjadi seorang muslim yang lebih arif dalam memilih, meneliti dan melakukan pertimbangan akal budi berkaitan apa yang betul dan apa yang salah atau sesuatu yang hak dengan sesuatu yang batil , insya Allah.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.