Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Kombo Novel Buya Hamka | Abuhamka
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Mainland China
Anggaran Penghantaran
Oct 07, 2024 - Oct 28, 2024

Warna

Color

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 65
Gambaran Kedai
Gaun emosional perempuan
2 months ago
Produk 6577
Pengikut 9
Penilaian 0
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: 71770581544
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Mainland China

Deskripsi Produk
Kombo Novel Buya Hamka ini terdiri dari 3 buah novel Buya Hamka terbitan Malaysia.

1) Margaretta Gauthier.
Margaretta Gauthier adalah sebuah novel karya Alexander Dumas Junior yang diterjemahkan oleh Buya Hamka.

Ceritanya berkisar kepada seorang perempuan cantik tetapi miskin yang membenci segenap lelaki dan bersumpah akan menggunakan kecantikannya untuk untuk membalas dendam ke atas mereka yang telah membinasakan dirinya.

Semuanya berubah apabila Margaretta bertemu Hertog Mohan, seorang lelaki tua yang kaya yang menyayanginya seperti anaknya sendiri. Kemudian Margaretta bertemu pula dengan Armand, seorang pemuda yang mulia dan budiman.

2) Terusir.
Terusir adalah novel air mata karya Buya Hamka yang bercerita tentang sengsara hidup seorang perempuan bernama Mariah.

Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat.

Dia terpaksa memilih jalan yang lebih gelap daripada membunuh diri. Ah! Apakah jalan yang lebih gelap daripada membunuh diri? Bagaimana Mariah boleh berjumpa dengan anaknya kembali?

3) Si Sabariah.
Ketika usia baru 20 tahun, Hamka mengarang roman (novel cinta) Si Sabariah dalam bahasa Minang. Novel ini diterbitkan oleh Percetakan Tsamaratul Ikhwan, Bukit tinggi dan telah dicetak sebanyak 3 kali. Daripada hasil jualan buku inilah Hamka menyediakan wang untuk berkahwin dengan Siti Raham.

Keteguhan cinta dan kesetiaan kepada suami membuat Sabariah menolak permintaan ibunya yang berkeras ingin memisahkan Sabariah dengan suaminya, Pulai. Di tengah kelaparan dan kemelaratan, Sabariah tetap menanti kepulangan Pulai dari perantauan. Kemunculan Pulai pun disambut haru oleh Sabariah yang amat merindukannya. Namun, Pulai pulang tanpa beroleh harta sedikitpun sehingga memupuskan harapan ibu Sabariah. Kehadiran seorang pemuda kaya, Suman membuat Ibu Sabariah makin berhasrat memujuk Sabariah untuk meninggalkan Pulai. Apakah yang akan terjadi ketika Pulai mengetahui niat buruk mertuanya?

Sebuah kisah cinta tragis dengan latar Danau Maninjau, kampung kelahiran Hamka.

#abuhamka #bukuhamka #buyahamka #novelhamka #jejaktarbiah
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.