Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

🎀READY STOCK🎀 KOMBO NOVEL DIA... ENCIK DUDA ROMANTIK , RAHSIA CINTA DIA , & SEROJA... BUKAN BUNGA LARANGAN CIK TET
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Mainland China
Anggaran Penghantaran
Oct 07, 2024 - Oct 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 159.9
Gambaran Kedai
Gaun emosional perempuan
2 months ago
Produk 6577
Pengikut 9
Penilaian 0
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: 63788430375
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Mainland China

Deskripsi Produk
DIA... ENCIK DUDA ROMANTIK

“Tunggu apa lagi? Atau awak nak ikut saya balik?”

Ugutan itu buat aku segera mengundur. Kepala menggeleng laju. Anak tangga dipijak dengan teragak-agak. Manalah tahu, dia cuma nak main-mainkan aku saja. Bila aku naik, dia akan ikut aku sampai ke dalam rumah dan kerjakan aku habis-habisan. Abang aku bukannya ada dekat rumah waktu-waktu macam ni.

“Awak takkan ikut saya naik, kan?” Takut-takut aku bersuara.

Dia pandang aku. Entah kenapa, walaupun separuh mukanya bertutup dengan kain, aku seakan nampak bibirnya yang herot sebelah.

“Awak nak saya ikut awak naik ke?”

Aku menggeleng. Terus memijak anak tangga dengan laju.

“Tunggu!”
Langkah terhenti di selekoh tangga. Aku kembali menoleh ke arah dia yang masih berdiri di tempatnya tadi.

“Jangan ingat semua orang yang dekat dengan awak tu berhati mulia.”

Tercengang aku. “Maksud awak?”

“Tak semua orang yang kita anggap sayangkan kita, betul-betul ikhlas dengan kita. Hati-hati.”

Dia menoleh untuk berlalu, namun kembali memandang muka aku.

“Awak hutang saya lima ribu ringit.”

“Hah?” Terkejut beruk aku. Kenapa aku pula yang dikira berhutang sekarang ini? Dia yang bagi duit tu pada lelaki tadi, kenapa aku pula yang nak kena bayar?

“Saya tak suruh pun awak ba…” Entah apa yang aku nak sebut..

“Jangan risau, saya takkan tuntut hutang tu sekarang.”


SEROJA... BUKAN BUNGAN LARANGAN

Seroja pejam mata. Rasa sakit yang teramat bila dia terpaksa memendam sebuah tangisan. Kata-kata Mifzal bagaikan air garam yang disimbah ke atas luka yang masih baru. Pedih yang teramat. Bicara yang telah menjemput kembali ingatan Seroja pada kejadian di dalam biliknya tadi. Kejadian yang dia ingin buang dari kotak ingatannya.

Kalaulah Mifzal tahu…setinggi mana luka dalam hatinya saat ini. Hati isteri mana yang mampu bertahan bila melihat kesan gigitan cinta yang penuh di dada suaminya. Bukti nyata kecurangan seorang suami. Dia yang bergelar isteri Mirza, tapi malam pertama mereka, Mirza sambut dengan perempuan lain. Dia ditinggalkan bersendirian di dalam bilik. Subuh baru Mirza balik. Dengan bangga memperlihatkan apa yang ada di tubuhnya.

"Ini bukti kehangatan cinta aku dengan kekasih aku."

Kata-kata itu telah membelah dada Seroja. Luka yang dicoret suaminya itu bukannya sedikit. Terlalu dalam sehingga tangisannya pecah jua



RAHSIA CINTA DIA

Dia diajar untuk setia, tapi kesetiaannya dibalas dengan kecurangan...
Setahun dia menanti kepulangan cinta hatinya ke sisi, namun penantiannya hanya sia-sia...
Si dia kembali tapi bukan bersendirian.
Ditemani si cantik manis yang begitu memikat.
Berita pertunangan Ehsan dengan Dewi benar-benar buat hati Nuha hancur berkecai. Luluh hatinya dikhianati insan yersayang.
"Kenapa abang sanggup buat Nuha macam ni? Abang ajar Nuha untuk setia, tapi kenapa abang yang tak setia dengan cinta kita?"-Nuha

"Maafkan abang..."-Ehsan
Dia reda... Dia pasrah... Tapi bila kemesraan itu terhidang di depan mata... Hatinya galau.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.