Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

EBOOK ORKED (AKU PULANG) | CERITA SERAM | EBOOK NOVEL SERAM | KHAIRUL ASWAD RAMLI
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Free Trade Zone
Anggaran Penghantaran
Jun 30, 2024 - Jul 14, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 78
Gambaran Kedai
Gaun emosional perempuan
16 days ago
Produk 6577
Pengikut 7
Penilaian 0
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Collectibles & Memorabilia  >  Others
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: 66462477391
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Free Trade Zone

Deskripsi Produk
EBOOK NOVEL SERAM

TAJUK : ORKED (AKU PULANG)
PENULIS : KHAIRUL ASWAD RAMLI
TERBITAN : IK CREATIVE PRESS
TAHUN : 2021

“Tolong abang Orked.. Tolong selamatkan abang dekat sini..” Suara Abang Mus perlahan, seakan merintih dan merayu dekat aku. Aku cuba dekati suara tersebut, tapi gagal mencari di mana dia bersembunyi. Kabus tebal yang menyelubungi tempat tersebut membuatkan pandangan mata aku jadi terbatas. Aku terus tercari-cari.

“Abang? Abang Mus dekat mana tu?” aku kerutkan dahi sambil menggawang-gawangkan tangan, cuba menghindar kabus yang makin memekat. Lagi aku tepis, lagi bertambah tebal kabus tu jadinya. Cahaya bulan yang suram pula membataskan penglihatan aku.

“Orked.. Tolong abang Orked..” tiba-tiba suara itu muncul, berbisik di belakang telinga aku. Serentak itu aku berpaling. Aku makin keliru antara suara bisikan itu dan dengusan nafasku sendiri yang semakin tak teratur.

“Abang!” kali ini aku menekan suara. Kabus makin tebal. Pandangan aku makin terhalang. Aku mula ragu-ragu untuk melangkah. Nafas mula turun naik. Banyak suara-suara menakutkan yang menganggu, membuatkan hati aku jadi makin tak tenang.

“Orked.. Sini Orked.. Sinilah..” bisikan itu makin mendekat.

“Mari sini Orked. Abang Mus kau ada dekat sini..”

Suara-suara msiteri itu terus berbisik, meningkah antara satu dengan yang lain. Sesak. Nafas aku jadi makin mencungap. Suara Abang Mus pula sekejap datang sekejap menghilang. Aku gagahi diri untuk terus mencari, menghayun langkah menerobos kabus tebal tanpa aku dapat mengagak apa yang ada di hadapan aku saat ini.

“Abang Mus!!” aku melaung. Kali ini aku nekad. Aku perlu melawan suara-suara misteri yang memeningkan itu. Aku melaung sekali lagi.

“Abang! Abang Mus dekat mana? Orked datang ni bang..”

Air mata mula berlinangan. Aku tak boleh patah semangat dan kena terus berusaha. Aku bisikkan kata-kata semangat tu dalam hati aku. Tapi belum sempat aku nak terus melangkah, tiba-tiba kaki aku ditarik dengan kasar sampai tubuh aku tersembam ke tanah.

“Allahuakbar!” aku terus bertakbir. Tangan kekar berbulu itu terus merentap kaki aku membuatkan tubuh aku terseret laju, menerobos ruang berkabus yang semakin gelap itu.

“Tolong!! Abang Mus! Tolong Orked!” aku terus meraung. Tubuh aku terus dilanyak dan direntap sekuat hati. Melantun-lantun tubuh aku terlanggar bongkahan batu dan akar-akar pokok yang menimbul di sana-sini.

Ya Allah sakitnya! Aku meraung dalam hati. Aku cuba celikkan mata, tapi gagal sebab muka dan tubuh aku masih menekup di tanah. Seretannya pula makin kasar, makin laju.

Hesss... Hesss... Hesss! Dengusan nafas makhluk itu makin kuat. Kesakitan mula meragut sisa-sisa kekuatan yang masih ada. Aku alihkan kepala, lalu cuba menendang makhluk itu, namun sia-sia sebab tiada siapa pun di depan aku sebenarnya. Tapi aku dapat rasakan genggaman tangannya sangat erat, ketat dan padat di kaki aku. Dan seretannya semakin makin keras.
.
.
.
#NovelSeram #EbookSeram #Orked #KhairulAswadRamli
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.