Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
KOMBO Kiut Ramadhan | Misi Budak Tahfiz | Mukbang Girl | Tempur Nombor | CUN #6:Chef | Boba Girl | Streamer Hijabster
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 28, 2024 - May 05, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Caribuku.com.my
5 hours ago
Produk 4072
Pengikut 242
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: PTS
Model
: Not Specified
SKU
: kombo-kiut-ramadhan
Dimension (Length x Width x Height)
: 13.70 x 9.28 x 7.10
Weight(kg)
: 1.25
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

KOMBO Kiut Ramadhan mengandungi lapan buah buku iaitu:

1. Misi Budak Tahfiz

2. Mukbang Girl

3. Tempur Nombor

4. CUN #6:Chef 

5. Boba Girl

6. Streamer Hijabster

7. K-POP GIRL - Monbebe Yang Taasub

Tajuk: KOMBO Kiut Ramadhan
ISBN: kombo-kiut-ramadhan
Penerbit: PTS
Penulis: Dewi Cendika, Ahmad Syahmi, Sharina Elisa, Haziq Ajar, Sabrina Ismail, Adib Zaini , Mira Ishak
Tahun Terbitan:2019 , 2020
Muka Surat: 916

Halaman: Hitam Putih,Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 1.05
Dimensi (cm): 137.6 cm x 92.8 cm x 7.1 cm 

 

SINOPSIS

 

Wajdi tidak pandai baca al-Quran. Kenal huruf pun tidak. 

Tetapi kerana ibu bapanya, dia berani memasang satu MISI besar, iaitu menghafal al-Quran!

Komik ini memaparkan pengalaman luar biasa Wajdi menempuh kem tahfiz selama 40 hari!

.

Hanis aktif bermukbang. Identitinya menjadi misteri kerana dia sering kali muncul bertopeng menggunakan nama Mukbang Girl. Dia diminati ramai kerana sesi mukbangnya sering diselit nasihat dan kata-kata semangat kepada penontonnya.

Ruby, Dahlia, dan Ayumi, tiga serangkai yang menjadi musuh Hanis di sekolah. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Hanis, yang mereka sangkakan seorang pelajar miskin sentiasa mengalahkan mereka dalam semua aspek, akademik dan juga sukan. Walaupun mencemburui Hanis, mereka bertiga sebenarnya adalah peminat tegar Mukbang Girl.

 .

 Aziq dan sekumpulan orang yang tidak dikenali terperangkap di Pulau Tempur. Mereka harus menggunakan ilmu Matematik yang mereka ada untuk melepasi cabaran yang penuh dengan aksi dan helah yang tersembunyi. Apakah Aziq mampu untuk berjaya di Pulau Tempur, ataupun sebaliknya?

.

Buku keenam daripada siri antologi CUN yang menghimpunkan karya-karya artis komik wanita sahaja. CUN #6 menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia kali keenam (CKOM6).

CUN #6 ini juga diterbitkan serentak bersama CKOM: RESIPI LEGENDA dan CKOM: NASI LEMAK. Dapatkan ketiga-tiga buku ini bagi keenakan membaca yang maksimum.

.

Kedai teh boba itu memang wujud! Aku sudah minum dan rasai sendiri kesedapannya, percayalah….

Kawan-kawanku semua tidak percaya. Mereka kata itu semua hanya halusinasi dan jiwaku sedang kacau. Gerai itu tidak pernah wujud, apatah lagi teh boba yang aku katakan sangat sedap itu. Kata mereka lagi, ini semua hanya cerita rekaan semata kerana aku mahukan cerita panas untuk melonjakkan bilangan pengikutku di Instagram.

Ya Allah, aku tidak cukup kreatif untuk mengada-adakan cerita fiksyen begitu…. Aku mungkin sedikit nakal, tetapi aku bukan seorang PENIPU!

.

Amani adalah seorang pelajar sekolah menengah dan juga seorang streamer permainan video secara kecil-kecilan. Niat asalnya hanyalah untuk menjadikan streaming sebagai hobi. Pada suatu hari, salah satu klip videonya menjadi tular, menyebabkan dia menjadi popular. Amani terkejut dengan populariti barunya ini dan mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya.

Kemudian suatu hari, apabila pulang dari sekolah, Amani terima sepucuk surat daripada peminatnya. Masalahnya, Amani tidak pernah memberikan alamat rumahnya kepada sesiapa.

Mimpi ngeri Amani bermula apabila setiap gerak-gerinya diperhatikan oleh seseorang yang tidak diketahuinya.

.

Nura memiliki obsesi luar biasa terhadap kumpulan penyanyi Korea, MONSTA-X! Menggelarkan dirinya sebagai Monbebe sejati, Nura akan memastikan nama Monsta-X tidak dicemari oleh komen-komen negatif netizen. Malah, dia mampu berimaginasi wujudnya seorang ahli Monsta-X, Jooheon, sebagai teman sejatinya.

Lama-kelamaan, fokusnya dalam pelajaran mulai terganggu dan dia dijadikan bahan ejekan di sekolah. Hal terbabit turut mendorong Nura bertindak agresif semata-mata mahu mempertahankan Monsta-X daripada diperlekehkan oleh rakan sekelas.

 

Berbekalkan suntikan semangat yang diberikan Jooheon, Nura bangkit dan membuktikan bahawa obsesinya itu dapat memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri. Dengan panggilan Nura Ha-Neul, dia mencipta satu kejayaan untuk dirinya serta sekalian Monbebe!

 

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.