Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Buku : Penawar Bagi Hati Edisi Jimat
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Negeri Sembilan
Anggaran Penghantaran
Nov 21, 2024 - Nov 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

75 Unit lagi
Jumlah
RM 24
Gambaran Kedai
KREATIF SPARK
9 hours ago
Produk 1243
Pengikut 68
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 14.00 x 21.00 x 2.00
Weight(kg)
: 0.67
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Negeri Sembilan

Deskripsi Produk
"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari
Penawar Bagi Hati adalah sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan sepanjang zaman. Kitab ini terkenal dalam kalangan pengajar dan pelajar yang mengikuti pengajian di masjid-masjid ataupun pondok.

Di dalamnya membincangkan aspek fizikal dan rohani setiap insan, merangkumi tujuh anggota fizikal yang berperanan dalam melakukan ibadah kebaikan mahupun keburukan.

Anggota itu adalah mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua-dua tangan dan kaki. Kemudian, diikuti dengan kriteria 10 sifat mazmumah dan 10 sifat mahmudah yang semuanya berpangkalan dan berpusat pada hati.


NAFAS BARU UNTUK KITAB KUNING

Seiring dengan perkembangan semasa, PTS Publishing House berusaha mengambil inisiatif memberi nafas baharu kepada kitab-kitab kuning seperti Penawar Bagi Hati ini.



BIODATA PENTAHQIQ

Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Anas Madani merupakan pelajar Malaysia yang ke-3 mendapat Ph.D daripada Univesiti Islam Madinah.

Dilahirkandi Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan sekaligus sebagai penyelia di pondok itu. Aktif memberi kuliah dan ceramah agama terutamanya berkaitan pengajian kitab-kitab turath.

Setelah sekian lama Penawar Bagi Hati digunakan sebagai rujukan dalam pengajian tasawwuf, beliau mengambil inisiatif menghuraikan isi kandungan kitab ini beserta syarah dan tahqiq sejajar dengan perkembangan semasa bagi memudahkan rujukan kepada pengajar dan juga pembaca umum.



BIODATA PENULIS

Namanya Abdul Qadir bin Abdul Muthalib bin Hasan atau lebih dikenali dengan Syeikh Abdul Qadir Mandili. Beliau adalah seorang ulama Melayu yang aktif dan terkemuka di
Makkah.

Beliau seorang ulama besar kelahiran Sigalangang, Tapanuli Selatan, iaitu sebuah wilayah di Sumatera Utara. Dikenali sebagai Al-Mandili kerana berketurunan Mendailing.

Beliau adalah guru di Masjidil Haram dan dikatakan sebagai seorang ulama yang alim. Sepanjang menjadi guru di Masjidil Haram selama hampir 30 tahun, Syeikh Abdul Qadir terkenal kerana alim dalam pelbagai cabang ilmu.

Beliau pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk guru agama di Cape Town, Afrika Selatan.

Kandungan

Kata Penerbit
Kata Pentahqiq
Biodata Penulis
Kata Pengantar
Pendahuluan
Bahagian Satu: Perihal Tujuh Anggota
Mata
Telinga
Lidah
Perut
Faraj
Tangan dan Kaki

Bahagian Dua: Qalbu (Jantung)
Pendahuluan
Tamak Terhadap Makanan
Tamak Dalam Berkata-Kata
Kemarahan
Sifat Dengki
Kedekut dan Sayang Harta
Bangga Diri
Cintakan Dunia
Besar Diri
Ujub
Riyak

Bahagian Tiga: Sifat Yang Dipuji
Pendahuluan
Taubat
Takut Kepada Allah
Zuhud
Sabar
Syukur
Ikhlas
Tawakal
Kasih Kepada Allah
Mengingati Mati
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.