Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Buku : Kru Paranormal - Hantu Misi , Baphomet , Shadow People , Hantu Kilang Lama, Imaginary Friend
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 28, 2024 - May 05, 2024

Warna

Tajuk

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 12
Gambaran Kedai
KREATIF SPARK
17 hours ago
Produk 1136
Pengikut 44
Penilaian 5
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 14.00 x 21.00 x 2.00
Weight(kg)
: 0.1176
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
1. Kru Paranormal: Baphomet
2. Kru Paranormal: Hantu Misi
3. Kru Paranormal: Imaginary Friend
4. Kru Paranormal: Shadow People
5. Kru Paranormal: Hantu Kilang Lama
 

Kru Paranormal: Baphomet

Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.
Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu sebelum letupan berlaku. Mayat Zamir ditemui, namun Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir yang mengatakan dia tersesat dan tidak tahu di mana dia berada.
 
 
Kru Paranormal: Hantu Misi

Bandar raya Johor Bahru dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan gadis-gadis sunti. Kecoh di media sosial kononnya ia angkara hantu misi apabila ada saksi yang mendakwa melihat kereta berwarna putih yang dipandu seorang wanita berpakaian jururawat di tempat kejadian. Kononnya hantu misi ini adalah seorang wanita yang wajahnya menjadi buruk kerana melanggar pantang ilmu hitam yang dipelajarinya untuk menjadi lebih cantik. Untuk memulihkan wajahnya, dia perlu membunuh dan meminum darah sembilan anak dara sunti.

Kru Paranormal: Imaginary Friend

Setelah sepuluh tahun merantau ke Australia, Khairil pulang ke kampung halamannya kerana ibunya, Mak Hajah Munah sakit. Sewaktu menjaga ibunya, Khairil sering mengalami kejadian aneh. Malah, pak ciknya memberitahu ibunya sering hilang dari rumah, tetapi muncul semula beberapa hari kemudian, sedangkan ibunya sedang sakit dan tidak mampu bergerak. Terdengar juga cerita-cerita jahat yang menuduh ibunya mengamalkan ilmu hitam dan dia tidak boleh mati selagi ilmu itu tidak diturunkan kepada pewaris seterusnya. Khairil juga sering bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Ajin di kawasan rumahnya dan Ajin mendesak Khairil agar mencabut nyawa ibunya. Khairul menjadi bingung, dan ada masanya dia tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan.


Kru Paranormal: Shadow

Ajin dan abangnya, Aloy melarikan diri daripada ibu kandung serta ayah tiri mereka yang selalu mendera mereka. Sewaktu meninggalkan rumah ibunya, Ajin melihat kelibat bayang-bayang hitam. Sejak dari itu, makhluk itu sering menunjukkan diri di hadapan Ajin. Dan setiap kali ia muncul, pasti akan ada orang-orang yang rapat dengannya mati.
Setelah beberapa tahun berlalu, Ajin hidup bergelandangan dan bersahabat dengan Tam. Suatu malam, bayang-bayang hitam itu muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri. Dan dalam masa yang sama, Tam pula hilang.

Kru Paranormal: Hantu Kilang Lama

Kru Paranormal menjejaki sebuah kilang lama di Jeram, Kuala Selangor, lokasi mistik yang sukar ditemui namun selalu disebut dalam kalangan peminat paranormal.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.