Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

[SB] NOVEL | Misteri Sumpahan Mahsuri Berdarah Putih
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 80.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 28, 2024 - May 05, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

3 Unit lagi
Jumlah
RM 29.9
Gambaran Kedai
Suka Buku
2 minutes ago
Produk 2314
Pengikut 18
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  History & Cultures
Brand
: Karya Publika
Model
: 14976008000
SKU
: 14976008000
Dimension (Length x Width x Height)
: 13.00 x 2.00 x 21.00
Weight(kg)
: 0.37
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tatasusila oleh kedua orang tuanya, Sejak zaman kanak-kanak lagi, Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa di mana dia tidak seperti kanak-kanak lain. Sehingga meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan, serta hati budi yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Datuk Pekerma Jaya. Dia adalah wakil sultan, memerintah Langkawi pada masa tersebut.


Mahsuri dikahwinkan dengan Wan Derus, iaitu adik kepada Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi kerna pergi berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah. Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ihsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajar syair. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahora, kakak iparnya sebagai isteri pembesar Langkawi.


Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahora menuduh Mahsuri bermukah dengan Deramang. Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan Wan Mahora. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa dituduh.


Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah bewarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak membela diri. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal dunia pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.


Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia berasa amat kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Langkawi. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus. Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama orang kuatnya Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahora yang dirogol dan diseksa tentera Siam.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.