Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Membongkar Sejarah Kehebatan Tokoh-Tokoh Islam Di Alam Melayu By Syed Mahadzir Syed Ibrahim
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 250.00

Penghantaran Dari
Terengganu
Anggaran Penghantaran
Apr 28, 2024 - May 05, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 43.9
Gambaran Kedai
Ara Emp Books
3 minutes ago
Produk 5019
Pengikut 77
Penilaian 5
Sertai 6 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  History & Cultures
Brand
: Hijjaz Records Publishing
Model
: kehebatan-tokoh2-islam
SKU
: kehebatan-tokoh2-islam
Dimension (Length x Width x Height)
: 23.00 x 15.00 x 2.00
Weight(kg)
: 0.65
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Terengganu

Deskripsi Produk

Tajuk: Membongkar Sejarah Kehebatan Tokoh-Tokoh Islam Di Alam Melayu

ISBN: 9789672278757

Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Tahun Terbitan: 2023

Muka Surat:

Halaman: Berwarna

Format: Paperback

Berat (kg):

Dimensi (cm):

SINOPSIS


Agama Islam mula berkembang di Alam Melayu dalam abad ke-13 Masihi. Menjelang abad ke-15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh Alam Melayu dan menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejak abad ke-15 Masihi. Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu telah memahami permasalahan budaya yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut. Pemikir-pemikir budaya Melayu dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu dengan ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal.


Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara khususnya di Alam Melayu melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama pada zaman permulaan Islam di Alam Melayu amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Di antara barang-barang dagangan tersebut ialah lada, rempah, kemenyan dan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Alam Melayu sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.


Justeru berkembangnya agama Islam di Alam Melayu maka lahirlah ramai tokoh Islam yang berusaha untuk menyebarkan dakwah Islamiyah melalui pelbagai pendekatan. Salah satu pendekatan yang digunakan ialah dengan menulis kitab-kitab atau buku-buku untuk rujukan umat Islam dalam pelbagai masalah yang dihadapi. Dengan keunggulan peradaban Melayu yang bercorak Islam melahirkan suatu masyarakat Alam Melayu yang dinamik sehingga terbentuk kuasa-kuasa sahsiah yang kuat. Tetapi kekuatan penjajahan Barat yang dibantu oleh teknologi moden dapat mengatasi dan menguasai dunia Islam. Akibatnya umat Islam ketinggalan beberapa abad lamanya dari arus perkembangan tamadun dunia.


Hanya secara serba ringkas tentang tokoh-tokoh Islam Alam Melayu yang dapat dipaparkan sebagai mukadimah. Semoga kisah-kisah ringkas yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca dalam menyelusuri sejarah hidup dan perjuangan tokoh-tokoh Islam Alam Melayu yang telah memberikan banyak maklumat dan ilmu juga semangat dalam hasrat kita menjadi legasi perjuangan mereka dalam menyebarkan agama Islam yang mulia ini. Insya-Allah.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.