Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Cina Peranakan Kampung Pasir Parit Kelantan: Pengekalan Dan Penyelarasan Identiti
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Mainland China
Anggaran Penghantaran
Oct 07, 2024 - Oct 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 62.4
Gambaran Kedai
Gaun emosional perempuan
2 months ago
Produk 6577
Pengikut 9
Penilaian 0
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: 70489155469
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Mainland China

Deskripsi Produk
Cina Peranakan merupakan sekumpulan subetnik Cina di negara ini. Mereka memperlihatkan identiti yang amat berbeza daripada orang Cina jati. Identiti mereka terdiri daripada identiti Cina yang diwarisi daripada generasi awal dan identiti yang dipupuk menerusi akulturasi oleh penduduk tempatan. Kebanyakan kajian tentang Cina Peranakan di negara ini tertumpu kepada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Baba dan Nyonya dari negeri Melaka dan Pulau Pinang. Padahal, terdapat juga sekumpulan Cina Peranakan yang besar yang menetap di pantai timur Semenanjung Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Malangnya, Cina Peranakan Kelantan tidak banyak dikaji oleh sarjana sedangkan amalan budaya mereka agak berbeza daripada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat dan wajar diberikan perhatian yang setimpal. Lagipun, kehidupan sosiobudaya mereka menyumbang kepada pengkayaan sosiobudaya negeri Kelantan. Monograf ini mengkaji Cina Peranakan Kelantan dengan memilih Cina Peranakan Kampung Pasir Parit sebagai satu kajian kes atas dua sebab utama. Pertama, mereka merupakan kumpulan Cina Peranakan yang terbesar di negeri Kelantan. Kedua, mereka tidak diserap oleh masyarakat Cina jati dan masih mengekalkan kebanyakan identiti Peranakan mereka.



Tentang PenulisTan Yao Sua berkelulusan doktor falsafah dan merupakan Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Minat penyelidikan beliau mencakupi kajian Cina Malaysia, analisis dasar pendidikan, sosiologi pendidikan dan pendidikan minoriti.

Kamarudin Ngah berkelulusan doktor falsafah dan merupakan Profesor Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Bidang penyelidikan beliau termasuk pembangunan komuniti, kerajaan tempatan dan perancangan pembangunan.

Sezali Md Darit berkelulusan doktor falsafah dan merupakan Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Minat penyelidikan beliau termasuk analisis dasar awam, geografi politik dan sistem maklumat geografi.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.