Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

(Buku Teks) Penerbitan Multimedia Kreatif Tingkatan 4 dan 5
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Sabah
Anggaran Penghantaran
Nov 21, 2024 - Nov 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

1 Unit lagi
Jumlah
RM 17
Gambaran Kedai
Grace Solution
1 days ago
Produk 108
Pengikut 9
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Textbook
Brand
: DBP
Model
: 9789836290779
SKU
: 9789836290779
Dimension (Length x Width x Height)
: 21.00 x 1.30 x 29.50
Weight(kg)
: 0.61
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Sabah

Deskripsi Produk

Mata pelajaran Penerbitan Multimedia Kreatif ialah antara mata pelajaran yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah teknik aliran vokasional di Malaysia.

Mata pelajaran ini ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan kerjaya dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini.

Mata pelajaran ini digubal dengan tujuan untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses penerbitan multimedia serta berkebolehan untuk menggunakan perisian khusus bagi menghasilkan produk multimedia dan laman web yang menarik dan berkualiti.


Buku ini ditulis berdasarkan Kurikulum Baru Aliran Vokasional yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kandungan buku ini berasaskan lima modul yang disusun mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Mata Pelajaran Penerbitan Multimedia Kreatif bagi kegunaan murid tingkatan 4 dan 5 aliran vokasional.

Menyedari bahawa kejayaan dan kesempurnaan projek multimedia banyak bergantung pada pengetahuan dan aktiviti hands-on, maka buku ini ditulis khusus dengan memuatkan pengetahuan teori, pendedahan asas kepada perisian seperti Paint, MS Publisher, Adobe Photoshop, Audacity. CyberLink PowerDirector, Macromedia Dreamweaver, Macromedia Flash dan latihan dalam bentuk modul.

Dalam usaha menarik minat serta tumpuan murid, isi kandungan buku ini dipersembahkan dalam bentuk rajah dan carta yang mudah difahami.

Dengan pendekatan ini diharapkan murid akan lebih memahami dan seterusnya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

Di samping itu, buku ini juga digubal selari dengan keperluan Sukatan Pelajaran tingkatan 4 dan 5, bagi melengkapkan pengetahuan, kemahiran asas serta mengenal pasti aspek yang perlu diajar kepada murid.

Adalah diharapkan agar buku ini dapat memberikan pendedahan yang jelas kepada murid aliran multimedia, seterusnya membantu mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berhasrat melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan bermutu dan seterusnya dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka untuk mewujudkan sebuah negara maju yang dinamik dan berdaya saing.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.