- Buku Rasional Sunnah Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ini adalah sebuah kajian mendalam yang membongkar rasional dan rahsia di sebalik amalan sunnah Baginda. Buku ini mengetengahkan kajian dari aspek sains dan akhlak. Kandungan buku ini merupakan koleksi perkongsian saya selama tiga tahun di Radio IKIM dalam rancangan Rahmatan Lil A'alamin.
- Antara yang menarik berkenaan buku ini adalah ia menjelaskan rasional dan rahsia di sebalik amalan seharian bermula dari tidur sehingga tidur kembali. Sebagai contoh, waktu tidur Baginda kebaikan dari sudut sains, amalan sebelum tidur, amalan setelah bangun daripada tidur, kaitan toma'ninah dengan duduk sebentar apabila sedar dari tidur. Juga dibincangan lauk-pauk, cara makan dan minum serta cara duduk, berjalan, senaman, rasional memanah, berenang, dan berkuda.
- Buku ini ditulis menggunakan laras bahasa yang ringkas supaya ia mudah difahami oleh setiap golongan pembaca. Malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai "Bed Time Story" kepada anak-anak supaya mereka merasakan bahawa agama Islam bukan sekadar ibadah semata-mata, tetapi mencakupi segenap kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung dapat menimbulkan kecintaan mendalam kepada nabi kita, Nabi Muhammad dan merasakan kemanisan apabila mengamalkan sunnahnya.
- Harapan saya semoga dengan penulisan buku ini mampu melayakkan kita untuk beroleh syafaat Baginda yang akan menyelamatkan kita semua daripada api neraka. Allah. Sollu a'lan nabi.