- Pencerahan mengenai isu-isu aqidah yang wujud dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia perlu diberi keutamaan bagi memberi dan meningkatkan kefahaman kepada mereka.
- Pelbagai serangan datang untuk mengancam aqidah umat Islam pada alaf yang begitu mencabar dengan ranjau dan mehnah yang harus dibentengi dengan iman dan aqidah yang mantap. Ini kerana aqidah menjadi saraf tunjang bagi individu mukmin dan menjadi syarat sah untuk semua amalan kita.
- Buku ini memberi kupasan yang komprehensif mengenai isu-isu semasa aqidah merangkumi isu-isu Islam dalam perlembagaan, ajaran sesat, Islam liberal, pluralisme agama, bid'ah, antimazhab, mistisisme, khurafat dan fatwa aqidah semasa. Semoga informasi yang dipaparkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembaca, khususnya masyarakat Islam.