PRODUCT : FOLDABLE COCONUT GRINDER
METERIAL : WOOD + STEEL,
SIZE" 7"(W) x 16" (L) x 4.5" (H)
Kukur kelapa merupakan salah satu peralatan tradisional yang masih digunakan sehingga kini oleh masyarakat melayu. Kukur kelapa ini digunakan untuk memarut isi kelapa bagi pelbagai tujuan dan kegunaan. Jika zaman dahulu, kukur kelapa yang berhias indah adalah milik raja dan golongan bangsawan.
Biasanya kukur kelapa ini dihasilkan dengan menggunakan kayu yang tahan lasak dan tidak mudah patah. Ini seiring dengan penggunaanya yang lasak dimana menuntut untuk pengguna duduk diatasnya sambil memarut kelapa.
Nilai estetika terhadap kukur kelapa ini bertambah lagi apabila terdapat ukiran indah yang menghiasinya.
Kukur Kelapa seperti dalam gambar ini Kraftangan. Mempamerkan alatan tradisional seperti ini merupakan salah satu langkah yang perlu bagi mengekalkan alatan ini tidak terus dilupakan oleh masyarakat.