Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

ANAK POKOK DURIAN D24 KAWIN
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Mainland China
Anggaran Penghantaran
Sep 21, 2024 - Oct 12, 2024

Warna

Color family

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

167 Unit lagi
Jumlah
RM 104.5
Gambaran Kedai
Home Life Hall
38 minutes ago
Produk 71532
Pengikut 4
Penilaian 3
Sertai Within a Month
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Kitchen & Dining  >  Fruits & Vegetable liquid wash
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: 676944523
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Mainland China

Deskripsi Produk
  • POKOKDurian D24 yang saya kenal ini mempunyai tabiat pertumbuhan batang pokok menegak dan merupakan pokok jenis saka. Dahannya tumbuh menegak dan juga bersudut mengikut keadaan kanopi dan sistem penanaman. Bentuk kanopi durian Klon D24 adalah seperti 'Kubah' yang rendang(Lihat foto sebelah). Ketinggian pokok begantung kepada sistem penanaman dan mampu setinggi 20-30 meter walaupun ketinggian bukan faktur jumlah buah durian yang akan dihasilkkan. Terdapat beberapa petani di Jalan Pagoh-Bukit Pasir di Muar, Johor yang membuat cantasan atas(Topping)pokok durian D24 dan membenarkan sekitar 7-12 meter sahaja ketinggian pokok.DAUNpokok Durian D24 mempunyai orientasi mendatar kepada ranting pokok berbentung 'Oblong'. Pangkal daun adalah berbentuk 'akut' dengan hujungnya pula adalah berbentuk 'acuminate' atau pun dalam bahasa kita berbentuk tirus tajam. Sekali pandang daunnya mempunyai sifat separuh berlipat dengan bentuk tepi daun yang memang ketara licin. Permukaan daunnya juga licin dengan tekstur daun yang lembut. Warna di bahagian permukaan atas daun adalah hijau dan warna dibahagian permukaan bawah daun hijau keperangan. Dari segi urat-urat pada daun akan kelihatan jelas dimana uratnya adalah seakan sedikit timbulBUNGAdurian D24 berbentuk ovat dan mempunyai kudup yang tajam. Musim bunga bagi klon D24 lazimnya adalah pada bulan Feb-April untuk penghasilan pada musim utama walau pun kini pengeluaran bunga tidak menentu masanya. Terdapat pokok durian D24 yang menghasilkan bunga pada waktu lain kerana telah berlaku perubahan cuaca dan teknologi amalan agronomi yang semakin maju. Warna kudup bunga adalah hijau kekuningan(Lihat foto sebelah)dimana ianya mempunyai tangkai kudup yang agak panjang. Bentuk tangkai kudup bunga adalah berbentuk selinder yang purata panjangnya sekitar 4 cm. Kalau diteliti dengan betul kita akan dapat lihat ruang antara epikalik (epicalyx) dan kalik (calyx) adalah sedikit atau pun hampir tiada. Rupa bentuk 'style' bunga adalah membengkok sedikit dan berkedut dibawah stigma. Warna pistil bunga adalah kuning sehingga oren. Bunga berkembang dan didebungakan pada waktu tengahmalam sehingga subuh oleh serangga (kupu-kupu).BUAHDurian D24 memang idak sukar untuk dikenali oleh mereka yang pakar durian. Klon ini mempunyai bentuk buah yang Bulat sehingga Oval dimana ciri utama dilihat pada bahu buah yang dikatakan 'Bulat'. Bentuk pada hujog buah juga dikatakan sebagai 'Bulat' (Lihat foto sebelah). Saiz buah adslah sederhana besar dengan purata saiz sekitar 19 cm panjang dan 17 cm lebar (buah yang standard saiz dan pengurusan kebun). Pengalaman saya di Segamat dan tangkak mendapati purata berat buah klon D24 adalah sekitar 1.5 kg sebiji walau pun adal juga yang lebih besar sampai 2 kg sebiji dikawasan Jementah, Segamat dulu saya jumpai. Warna kulit hijau sehingga hijau keperangan dipengaruhi dengan sistem tanaman, lokaliti dan cara pengurusan kebun. tangkai buah berbentuk selinder dengan purata panjang tangkai buah sekitar 4 cm. Susunan duri dikeliling tangkai buah adalah halus dan bergabung tetapi tidak tajam. Susunan duri dihujung buah kulitnya tidak berduri seakan ada serpihan dari bunga. Duri pada kulit pangsa besar, tirus dan tajam dimana ada duri yang kecil diantara duri yang besar. Durian D24 sedang untuk dibuka dan ketebalan kulit sekitar 0.7 cm dan ketebalan empulur sekitar 3 cm.ISIdurian D24 paling istimewa bagi saya kerana warnanya yang krim sehinga kuning emas. Saiz ulas juga dikatakan kategori BESAR iaitu berukuran purata 5 cm lebar dan 4.5 cm panjang. Paling baik dimana isinya yang tebal sekitar 1.0 - 1.2 cm dan rasa Lemak, manis serta ada rasa Pahit. Tekstur isinya adalah Halus dengan tahap kelikitan isi sebagai Tidak Melekit. Baunya kuat selaras dengan kepejalan isi yang dikatakan sebagai 'lembut'. Kalau lori membawa durian lalu didepan kita dengan membawa semua klon D24, memang tidak dinafikan baunya sangat kuat. Purata berat isi dengan buah adalah sebanyak 26% (maknanya setiap 1,000 gram buah mempunyai 260 gram isi). Lazimnya klon ini mempunyai sebanyak 5 pangsa dengan setiap pangsa mempunyai 1-3 ulas bahagian isi. BIJIdurian klon D24 adalah 90% berbiji penoh dan boleh dikatakan tiada yang berbiji separuh . Bagaimana pun kajian oleh Jabatan Pertanian di Stesen Pertanian Tangkak mendapati terdapat sekitar 10% biji KESEP. Purata berat biji adalah sekitar 26 gram iaitu agak sederhana besar dengan bentuk yang bulat atau Ovat. Kulit biji adalah coklat kekuningan dan mempunyai lapisan kulit biji yang licin. Saya paling suka makan biji durian yang telah direbus dimana mempunyai rasa yang lemak(tetapi jangan makan bahagian tunas)yang agak pahit sedikit. Biji durian D24 mudah disemai untuk dijadikan pokok penanti untuk dicantum dengan klon lain kelak. Beberapa percubaan telah dibuat semasa saya di Muar dulu untuk memproses biji durian D24 bagi dijadikan kerepek tetapi kurang sedap jika dibandingkan dengan biji dari Klon Munthong untuk dibuat kerepek.ketinggian anak pokok 1 kaki.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.