Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

NK AGE-REVERSE SERUM 30ML
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Sep 08, 2024 - Sep 15, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 299
Gambaran Kedai
NK Age-Reverse Malaysia
21 hours ago
Produk 4
Pengikut 1
Penilaian 0
Sertai Within a Year
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Health & Beauty  >  Skincare  >  Serum & Essence
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 3.00 x 3.00 x 10.00
Weight(kg)
: 0.3
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Serum retinol perlindungan tiga kali ganda untuk dos mikro harian anda yang berkesan mengurangkan kedutan, menegangkan kulit, membaikpulih tekstur kulit dan menyekatakan tona kulit untuk menjadikan kulit cantik secara semula jadi.

  1. Terbukti secara Klinikal
  2. Diuji Hipoalergik
  3. Penyerapan Optimum
  4. Ringan dan Tidak Merengsa 

BAHAN AKTIF: Nano-Retinol terkapsul, ekstrak bunga Hibiscus sabdariffa (Roselle), Camellia japonica (Tsubaki), Paeonia albiflora (Peony), asid hyaluronik (molekul berat dan molekul ringan) dan ekstrak herba semula jadi (Cynanchum Atratum).

Hasil Terbaik Produk:

  1. Mengurangkan kedutan, garis halus dan memudarkan jeragat.
  2. Anti-keradangan yang dapat mengurangkan kebengkakan jerawat dan mengelakkan pertumbuhan jerawat baru.
  3. Meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit.
  4. Melembutkan tekstur kulit.

Diskripsi



PERLINDUNGAN TIGA
KALI GANDA

NK Age-Reverse Serum retinol dengan perlindungan tiga kali ganda adalah lebih baik daripada produk retinol biasa. Ia mengandungi nano- retinol terkapsul, BeuT-Complex™ dan herba semulajadi untuk kesan anti-penuaan yang optimum pada kulit.

KESAN SINERGI
RETINOL & BEUT-COMPLEX™

Formulasi Tulen nano-retinol terkapsul dan BeuT-Complex™ berfungsi secara sinergi untuk membantu menyokong tekstur halus, mengurangkan cela, meningkatkan keserian dan meningkatkan fungsi perlindungan kulit. Ia adalah gabungan anti-penuaan yang kuat dengan kebaikan retinol dan BeuT-Complex™ iaitu gabungan unik kami dalam produk Age-Reverse.





Cara Penggunaan

  1. Di gunakan selepas pemakaian Mist.
  2. Letakkan 1-2 pam serum sebesar kacang pea ke hujung jari.
  3. Ratakan ke keseluruhan wajah.
  4. Urut kulit dengan lembut agar serum lebih mudah meresap.
  5. Guna 2 kali sehari, pagi dan malam untuk hasil yang optimum.
  6. Sekiranya guna pada siang hari, WAJIB memakai pelindungmatahari (sunscreen).

Soalan Lazim:

1. Saya pernah terbaca satu artikel di mana retinol tidak bagus untuk ibu yang menyusu serta wanita hamil. Adakah NK serum selamat digunakan bagi mereka yang menyusu dan hamil?

Boleh dan selamat digunakan kerana serum ini tidak masuk sampai ke sel darah. Kajian menunjukan bahawa toleransi vitamin A untuk wanita hamil setiap hari adalah sehingga 10,000UI. NK Serum menggunakan Vitamin A 2500UI/g. Dikatakan satu hari kita menggunakan kira-kira 0.3g serum, ia bersamaan dengan 750UI/g VA. Dan kadar penyerapan maksimum produk topikal 20%, hanya 150UI VA yang diserap ke dalam badan dan akan dimetabolismekan oleh sel dermis dalam masa sehari. Untuk makluman peratusan retinol di dalam serum adalah hanya 0.1% sahaja dan ianya  tidak cukup untuk membahayakan janin.


2.Mengapa setiap kali saya gunakan NK Serum kulit muka saya jadi pedih dan rasa tidak selesa?

Bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif dan kulit kering ini adalah perkara yang biasa dialami apabila menggunakan serum retinol ini. Mereka akan dapati kulit menjadi kemerahan sedikit, meneglupas dan merasa rengsa. NK Serum menggunakan retinol yang sangat mild dan menggunakan herba cynanchum bagi mengurangkan rasa yang tidak selesa ini. Cara yang paling berkesan adalah, pengguna perlu prep muka terlebih dahulu dengan Energy water mist sebelum menggunakan serum ini. Biarkan energy water mist kering dahulu, kemudian sapukan serum ini diseluruh wajah. Jika kulit merasa pedih dan kemerah-merahan pengguna boleh berselang-seli atau pakai secara nipis dalam pemakaian serum ini mengikut keselesaan sehingga kulit muka pulih kembali.


3.Anak saya boleh pakai serum ini ? Seawal umur berapa boleh guna serum ini?

Seawal 11 tahun sudah boleh menggunakan produk-produk NK kerana produk ini adalah berasaskan bahan natural dan selamat digunakan.


4.Berapa lama serum ini tahan digunakan?

Jika digunakan serum ini secara konsisten, serum ini boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 bulan.


 5.Boleh pakai serum ini dibawah mata? Terdapat garis halus diabawah mata saya. Akan rasa pedih tak bila pakai bawah mata?

Retinol adalah bahan anti aging yang paling berkesan dan telah terbukti secara saintifik. Satu botol NK serum ini sudah boleh meliputi satu wajah termasuk bahagian mata dan tidak memerlukan bermacam jenis retinol dan hanya sapu dengan nipis di sekeliling mata. Pakar dermatologi ada mengatakan bahawa retinol lebih berkesan dijadikan krim mata jauh lebih baik berbanding botox. Perlu diingatkan bahawa bukan sebarang retinol yang kita boleh letak pada bawah mata, jika ianya membawa kesan- kesan seperti gatal dan kemerahan kerana retinol itu sendiri adalah keras dan tinggi nilainya pada kulit. NK Serum adalah selamat digunakan di sekeliling mata.


6.Kenapa jeragat yang semakin pudar, tiba-tiba menjadi gelap semula selepas memakai serum selama seminggu?

Jeragat tampak makin gelap ialah kerana kulit yang telah menjadi semakin cerah. Bukan kerana jeragat menjadi lebih gelap. Kulit lebih cerah kerana kesan selepas pemakaian serum. Kerana fungsi retinol serum kami juga boleh mencerahkan kulit dam menjadikan tona kulit lebih sekata

Akan tetapi, kulit memang perlu sentiasa di lindungi dari tumbuh jeragat yang baru, atau mengelakkan jeragat sedia ada menjadi lebih teruk dengan cara memakai sunscreen secara konsisten. Perlu diingatkan  untuk sentiasa re-apply sunscreen.


 7.Apa kebaikan NK Serum berbanding serum-serum jenama yang lain?

Terdapat 5 kebaikan NK serum yang wajib pengguna tahu dan cuba. Antaranya ialah;

  1. Mempunyai penyerapan optimum. -Penyerapan optimum melibatkan pembebasan bahan aktif yang bersaiz nano iaitu encapsulated retinol dan hyaluronate asid secara berkesan kedalam kulit.
  2. Gabungan tiga formulasi (Retinol, BeauT-Complex™ dan herba Cynanchum) - Simbiosis ketiga-tiga formulasi ini mengahsilkan tindak balas dan penyerapan maksimum dan optimum ke dalam kulit.
  3. Ringan dan tidak merengsa - Kandungan retinol yang sangat mild serta tambahan herba cynanchum ini menjadikan kulit muka tidak merengsa dan semua jenis kulit boleh menggunakannya. NK serum ini akan seimbangkan air dan sebum di kulit muka dan serum ini boleh digunakan pada waktu pagi (dengan tambahan pemakaian NK Sunscreen) serta pada waktu malam.
  4. Terbukti secara klinikal mengurangkan garis halus dan kedutan - Kulit akan bertambah lembab, keanjalan kulit jelas dirasai dan juga tekstur kulit yang tampak lebih cantik dan halus,
  5. Keserian wajah meningkat. - Dalam masa seminggu akan dapati wajah semakin lembut dan berseri. Ini telah terbukti secara klinikal di mana 95% responden yang telah menggunakan trial serum ini mendapati kulit mereka lembut dan lebih sihat.




Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.