Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Blink Book, Blink Trading - BTS: BUDAK TAK SUKA SBP (2023)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Pahang
Anggaran Penghantaran
Sep 08, 2024 - Sep 15, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 12
Gambaran Kedai
Warongbuku
1 days ago
Produk 856
Pengikut 57
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: Blink Book, Blink Trading
Model
: Not Specified
SKU
: 9789672865445
Dimension (Length x Width x Height)
: 19.00 x 12.50 x 0.50
Weight(kg)
: 0.1
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Pahang

Deskripsi Produk

Tajuk: BTS: BUDAK TAK SUKA SBP #

ISBN: 9789672865445

Penerbit: Blink Book, Blink Trading

Penulis: Haziq Ridzuan, Haryani Kamilan 

Tahun Terbitan: 2023

Muka Surat: 128

Halaman: Hitam Putih

Format: Paperback


SINOPSIS

Nazim Danial, pelajar Sekolah Zara Damansara yang cukup terkenal dengan bakat dan kebolehannya dalam bidang muzik. Minatnya yang sangat mendalam dalam bidang muzik membuatkan dirinya memilih untuk meneruskan pelajaran dalam aliran Seni dan Kemanusiaan di tingkatan 4. Menjadikan kumpulan BTS dan ahlinya yang paling kaya, J-Hope sebagai idola, Nazim bercita-cita besar untuk menjadi seorang pemuzik terkenal satu hari nanti.

Namun, bakat dan kebolehannya tidak direstui oleh bapanya sendiri. Nazim dipaksa bertukar ke aliran Sains Tulen dan berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) demi masa hadapan yang lebih gemilang dan terjamin. Sungguh, Nazim tidak rela untuk duduk di asrama. Tetapi, bapanya awal-awal sudah menggunakan kabel sebagai bekas pelajar untuk memastikan Nazim diterima masuk ke SBP berkenaan. Jika tidak, Nazim tidak akan dibenarkan menyentuh alat muzik lagi untuk selamanya. Dalam keterpaksaan, dia akur.

Di SBP, Nazim Danial tidak dapat menyesuaikan diri dengan segala macam peraturan yang ketat dan mencengkam jiwa raga. Segalanya serba tidak kena. Belum campur rasa homesick yang melanda. Perkenalan dengan Mierul Amin, rakan katil sebelah membuatkan hidup Nazim Danial di asrama rasa terisi. Pun begitu, ia tidak mengubah hakikat bahawa dirinya dirasakan tidak sesuai untuk terus berada dalam situasi kejutan budaya di sekolah berasrama penuh yang berprestij itu.

Kasihan dengan rakan yang dikenali, Mierul Amin berkongsi buah fikiran untuk memastikan bahawa Nazim Danial dapat keluar dari asrama tanpa sebarang kompromi. Pelbagai pelan dirancang bagi menyempurnakan misi buang asrama Nazim Danial. Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Segala yang dirancang tidak berjalan seperti yang dibayangkan. Lain yang dilakukan, lain pula yang terjadi.

Apakah perancangan yang dilakukan oleh Nazim dan Mierul? Berjayakah mereka meloloskan diri daripada kehidupan asrama yang mencengkam jiwa raga? Apakah pula nasib yang menimpa kedua-dua sahabat ini saat rancangan yang disusun rapi mula terbongkar? Dapatkan jawapannya di dalam novel nakal-nakal ringan budak asrama yang berjudul BTS: Budak Tak Suka SBP ini!

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.