Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

RAHSIA SUFI
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Kuala Lumpur
Anggaran Penghantaran
Nov 22, 2024 - Nov 29, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

2 Unit lagi
Jumlah
RM 40
Gambaran Kedai
AAGRumahBuku
11 minutes ago
Produk 150
Pengikut 3
Penilaian 5
Sertai 7 Months Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 9789971776565
Dimension (Length x Width x Height)
: 15.00 x 23.00 x 1.50
Weight(kg)
: 0.4
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Kuala Lumpur

Deskripsi Produk
Rahsia Sufi - Sirrul-Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil-Abrar - As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Sebuah karya yang mantap mengenai kehidupan para sufi dan orang yang memilih ke jalan Allah untuk mencapai makrifat kepada tuhan yang menciptakannya. 

Karya ini dipecahkan kepada 24 bab iaitu: 

1. Asal Kejadian
2. Ruhul Qudus. 
3. Taqwa kepada Allah. 
4. Berkenaan Ilmu. 
5. Taubat. 
6. Tasawuf. 
7. Zikrullah. 
8. Memandang Allah. 
9. Penyingkapan Hijab. 
10. Nikmat Iman. 
11. Orang-orang Sufi. 
12. Pembersihan Diri. 
13. Solat. 
14. Darjat Insan Kamil. 
15. Zakat dari Sudut Thariqat. 
16. Puasa. 
17. Ibadah Haji. 
18. Dzauq. 
19. Khalwat/uzlah. 
20. Solat dan Doa dalam Uzlah. 
21. Mimpi. 
22. Sufi Hakiki dan Sufi Palsu. 
23. Nasihat. 
24. Tawakkal.

Penulis iaitu Syekh Abdul Qadir Jailani juga digelar dengan pelbagai nama seperti Al Ghautsul A’zham iaitu waliyullah agung dan juga pengasas tarikat Qadiriyah yang mempunyai jutaan pengikut sehingga kini. 

Lahir pada tahun 470 hijrah di daerah Al Jil di Parsi dan wafat pada tahun 561 Hijrah semasa berumur 91 tahun. Beliau telah dimakamkan di kawasan Madrasah Bab Al Daraja di Baghdad.

Karya ini telah diolah dengan baik dengan memberikan analisa dan penerangan yang mudah dan tepat agar mudah difahami oleh pembaca. 

Pada setengah bahagian telah ditambah nukilan daripada pelbagai buku berkaitan tasawuf bagi memberikan lebih impak kepada pembaca.

Karya asal mempunyai kata-kata hikmat yang tinggi pengertiannya dan perlu diolah bagi memberi kefahaman pada semua peringkat pembaca.

Karya ini juga telah digarap dengan lebih sempurna bagi mengimbang bab yang mempunyai penerangan yang agak singkat.

Membaca buku berkaitan kesufian mestilah ada minat yang khusus terhadap ilmu ketuhanan dan mengenal diri. 

Membaca ilmu ini menuntut kesabaran yang tinggi terutama bila berhadapan dengan isu yang sulit. 

Ilmu kesufian merupakan ilmu yang halus sekali, pembiasaan pada amalan menjadikan iman yang lebih teguh serta menjamin ibadat yang lebih kemas serta khusyuk.

Secara kesimpulan rahsia sufi merupakan satu ilmu mengenal tuhan. Ia menuntut kefahaman yang tinggi mengenai kejadian manusia sebagai hamba dan khalifah kepada pencipta. 

Ketinggian ilmu dikalangan sufi juga akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Keberkatan ilmunya boleh memberikan panduan dan keharmonian kepada masyarakat.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.