Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

|BBO| Novel Melayu Karyaseni Tunjukkan Aku Satu Bintang Nass Alina Noah
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 100.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
-
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 27.9
Gambaran Kedai
Kedai Buku BeliBukuOnline
2 hours ago
Produk 1454
Pengikut 4
Penilaian 0
Sertai Within a Month
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 54307396114
Dimension (Length x Width x Height)
: 19.00 x 12.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: -

Deskripsi Produk
Tajuk : Tunjukkan Aku Satu Bintang
Penulis : Nass Alina Noah
Harga : RM31.00
ISBN : 9789674691783

Sinopsis
ANGEL buka mata sambil mendesis. Sakit-sakit di seluruh tubuhnya kerana tidur beralaskan daun kelapa. Mata meliar, nampak Jack sedang bermain dengan ombak ketika ini. Dia terus ke batu yang sudah menjadi tandas mereka.

Belum sempat duduk, tiba-tiba nampak kepala terjongol.

“Heh, tak ada benda lain ke kau nak tengok hah?” marahnya.

“Macam ni, kita berdamai. Aku raja dan kau hamba. Setuju?” Senyap.

“Okey. Aku raja, kau permaisuri. Okey?” Senyap.

“Okey. Aku setan, kau angel.”

Angel alih anak mata ke arah lain. Sumpah dia meluat, tetapi pundi kencingnya sudah tidak dapat menahan azab ketika ini.

“Okey la, setan!” Sudahnya dia terpaksa mengalah.

Jack senyum sejurus beredar pergi. Tidak lama Angel menghampirinya.

“Hidupkan api, biar orang nampak asap. Boleh datang selamatkan kita.” Angel memberi arahan.

“Nanti lanun datang balik. Rogol kau. Tak pasal-pasal aku pula yang kena jadi pak sanggup. Aku tak bawa pistol ni.”

Angel menganga. Tidak berkelip dia memandang. Rasa nak marah, namun Jack betul. Lanun yang menculik mereka mungkin masih ada di sekitar, masih mencari-cari mereka. Terlalu berisiko untuk menghidupkan api.

Sudahnya dia duduk di sebelah Jack. Sama-sama merenung lautan nan luas.

“Aku nak balik...”

Tiada sahutan. Mata meliar ke sekeliling, nampak cangkerang siput sebesar penumbuk. Dilontarnya, kena bahu orang.

Jack berpaling. Mata bertentang mata. Cangkerang dikutip.

“Kau tau tak toksin gastropod dan yang sewaktu dengannya, boleh jadi penawar Parkinson, Alzheimer, kemurungan, ketagihan nikotin dan... skizofrenia macam kau? Satu perubatan alternatif homeopati.”

Angel senyap. Kelip-kelip mata, buat muka. “Aku berdoa kau kena patuk ular. Kau sepatutnya ucap terima kasih pada aku sebab doakan kau mati awal. Sikit dosa!” bidasnya tidak mahu kalah.

Jack diam. Terkelip-kelip, angguk-angguk. “Terima kasih banyak-banyak la. Kau tau tak... Penghasilan bisa antivenin untuk kes dipatuk ular. 50-600 ular berbisa bagi proses pengekstrakan bisa. Ular jenis Brazil di Australia boleh menghasilkan penawar tekanan darah tinggi serta gangguan kardiovaskular lain.”

“Diamlah!” Angel menjerit kuat. Otaknya sudah tidak sanggup mendengar dan memproses semua itu. “Baik kau diam! Kau tau tak mulut kau busuk macam bangkai ular cap biawak?”

“Haaa... Biawak la bagus! Biawak boleh melaraskan glukosa dalam darah manusia.”
Angel tekup telinga. Jack makin rancak bercakap.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.