Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

|BBO| Penulisan2u Cinta Kedua Myra Ameer
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 100.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
-
Anggaran Penghantaran
Apr 28, 2024 - May 05, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 22.5
Gambaran Kedai
Kedai Buku BeliBukuOnline
11 hours ago
Produk 1454
Pengikut 4
Penilaian 0
Sertai Within a Month
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 132051158048
Dimension (Length x Width x Height)
: 19.00 x 12.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.5
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: -

Deskripsi Produk
Tajuk : Cinta Kedua
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM25.00
ISBN : 9789672102809

Sinopsis
"Tak, abang tak akan ceraikan Fiya walaupun abang kahwin dengan Maya. Abang nak Fiya tahu bagaimana rasanya hidup digantung tak tertali! " - FARHAN

Kata-kata itu ibarat halilintar yang meremukkan hati seorang isteri. Kejamnya Farhan! Sudahlah cintanya dikhianati, kini maruah diri diinjak pula sesuka hati. Safiya, dalam lembut ada tegasnya. Dalam tenang ada jiwa yang membara. Hati menangis tetapi untuk menunjukkan kepada Farhan betapa lemahnya dia, tidak sekali-kali!

"Abang ingat Fiya takut? Tak, sikit pun Fiya tak takut. Abang nak khawin, silakan. Tapi, Fiya tetap akan tuntut hak Fiya. Fiya akan lawan di mahkamah untuk mendapatkan kebebasan Fiya! "- SAFIYA

Dua tahun dia berjuang menegakkan hak, akhirnya lafaz talak terucap juga dari bibir Farhan. Dia bebas dan dialah juga janda yang paling bahagia. Sayangnya, bahagia hidup bersendirian tidak lama apabila ketenangan hidupnya diganggu-gugat lelaki-lelaki yang masih bergelar suami orang. Digoda Datuk Helmi seorang usahawan kaya dan ternama juga terkenal dengan sikap buaya daratnya bikin dia meluat. Dilamar Khir Izham, COO di syarikat dia bekerja yang juga digelar Mr.Gentleman oleh rakan-rakan sepejabatnya membuatkan dia panasaran!

"Kalau tak cukup, berapa you nak? I sanggup beri berapa saja asal you sudi jadi isteri I. Dua ratus ribu? Atau lebih? You just name it! " - DATUK HELMI

"Saya ingin melamar Fiya untuk jadi isteri saya." - KHIR IZHAM

Kuat berpegang kepada prinsip hidupnya dan tidak mahu menjadi yang kedua, ketiga atau keempat, lamaran kedua-duanya ditolak mentah-mentah. Sayangnya, Izham langsung tidak mahu mengalah dan terus-terusan menagih cintanya membuatkan dia akhirnya lelah sendiri.

"Saya janda tapi Encik Izham suami orang. Jadi di ruang mana kita ingin bina bahagia sedang ada orang lain di antara kita?" - SAFIYA

"Boleh tak Fiya jangan fikirkan tentang dia kerana yang penting sekarang adalah kita. Tentang hati dan perasaan kita. Tentang masa depan dan kebahagiaan kita." - KHIR IZHAM

Mudahnya Izham berbicara sedang sekeping hati milik isterinya itulah yang perlu dia jaga. Nekad, akhirnya dia menjauhkan diri. Namun, masih adakah cinta kedua buatnya andai dia tetap teguh dengan apa yang dipegangya? Atau mungkinkah kehadiran si bachelor Hairi mampu membina bahagia yang selama ini dia cari?
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.