Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

|BBO| Novel Melayu Karyaseni Bittersweet Mr. Batrachus Pynat Mouri
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 100.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
-
Anggaran Penghantaran
May 08, 2024 - May 15, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 26.1
Gambaran Kedai
Kedai Buku BeliBukuOnline
15 minutes ago
Produk 1454
Pengikut 4
Penilaian 0
Sertai 2 Months Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 122488089159
Dimension (Length x Width x Height)
: 19.00 x 12.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: -

Deskripsi Produk
Tajuk : Bittersweet Mr. Batrachus
Penulis : Pynat Mouri
Harga : RM29.00
ISBN : 9789674691899

Sinopsis
Jahat atau baik… Aku pilih yang tengah-tengah!

Nama asal diberi, Madihah Sofie. Nak glamor punya pasal, dia tukar jadi Maddy. Daripada ke hulu ke hilir dengan selipar jamban, sekarang dia dah sarung kasut tumit tinggi tau. Dulu, pakai tudung pun senget benget aje, sekarang, huh, dah terbang terus tudungnya! Barulah nampak moden, kan?

Adi Miyaz pula, lelaki yang budiman. Tapi perangai budimannya sudah kurang sukatnya bila bersama wanita sengal itu. Serik.

“Eh... Muka awak memang tak ada hidung ke? Dari tadi bertutup rapat. Mana aci awak nampak muka saya tapi saya cuma nampak kepala lutut awak tu saja. Itu dikira aurat lelaki tau! – Maddy

“Kau pun lain kali jangan pakai skirt. Anjing boleh pengsan tengok betis besar macam tu. Silap-silap biawak pun boleh mati kena hempap.” – Adi

Sampailah satu hari bila tulisan Maddy yang semberono memfitnah sebuah pusat jagaan orang tua tersebar luas, Adi tak dapat sabar lagi. Keberanian nak menulis itu dah bagus, tapi sayang kisahnya palsu!

“Tulislah perkara yang betul. Bukan membabi buta tekan enter. Faham! Disebabkan perangai rakus kau mengejar populariti dan pujian, kau nyaris-nyaris tergadai nyawa. Tolong delete cerita kau tulis tu. Jangan cari masalah, Madihah.” – Adi

“Aku tak tulis membabi butalah. Aku ada info tepat.” – Maddy

Maddy masih angkuh dan cuba menegakkan benang basah walaupun hampir-hampir nak dijual dengan gengster gara-gara penulisannya tu. Adi mula menawarkan sesuatu. Inilah masanya untuk dia tunaikan janji kepada seseorang. Maddy perlu diajar.

“Sembunyi di Kedah dulu. Kalau keadaan dah selamat, aku janji akan hantar kau balik ke sini dengan selamat. Nyawa bukan sesuatu untuk diperjudikan.”

“Kau pun bukan boleh percaya sangat. Kalau kau jual aku kat Siam macam mana?”

“Jangan berangan yang pelik-pelik. Jual orang yang tempurung kosong belum tentu laku, cik adik oi.”

Dalam hati Maddy, dia waswas juga dengan Adi. Macam mana kalau lelaki berseluar koyak di lutut tu ada niat jahat? Tapi mengenangkan rumah dia disimbah dengan cat merah, dia terpaksa ikut juga. Lagipun inilah masanya nak sakitkan hati Tehah, musuh tradisinya tu.

“Jom. Kita honeymoon di Kedah, sayang.”

Lalu, perjalanan mereka ke Kedah bermula. Di situ akan terungkai segala rahsia dan kisah lama yang tak pernah wujud pun sebelum ini dalam kitab hidup Maddy. Adi dengan motifnya, Maddy dengan sikap angkuhnya. Tapi apa yang pasti, kedua-duanya terjerat dengan satu perasaan yang susah nak diluahkan. Konon saling memetir tapi dalam hati ada hujan bunga. Cis!
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.