Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

|BBO| Novel Melayu Karyaseni Qasidah Buat Khadijah Hana Ilhami
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 100.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
-
Anggaran Penghantaran
May 03, 2024 - May 10, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 29.7
Gambaran Kedai
Kedai Buku BeliBukuOnline
15 minutes ago
Produk 1454
Pengikut 4
Penilaian 0
Sertai 2 Months Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Other Reading Materials
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 181913033019
Dimension (Length x Width x Height)
: 19.00 x 12.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: -

Deskripsi Produk
Tajuk : Qasidah Buat Khadijah
Penulis : Hana Ilhami
Harga : RM33
ISBN : 9789674691929

Sinopsis
MUHAMMAD: Mempunyai ilmu agama yang tinggi, ditambah dengan 30 juzuk al-Quran di dalam dada, bukanlah bermakna dia tak boleh jatuh cinta. Cinta itu milik setiap insan. Apa yang penting, iman dan takwa dijadikan sempadan agar tidak tersasar.

“Khadijah juga tak cantik.” – Zulaikha.

“Mempunyai al-Quran dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingannya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya mak cik. Itu sudah mencukupi bagi saya.” – Muhammad.

Malangnya, pinangan ditolak dan gadis idamannya lari jauh ke Yaman.

KHADIJAH: Anak kedua kepada pasangan Zulaikha dan Yusuf itu merupakan seorang yang keras hati dan kuat memberontak. Segala kerenahnya membuatkan pasangan itu pening kepala. Namun begitu, otak Khadijah cerdas. Dia berjaya menamatkan hafazan al-Qurannya dalam tempoh yang jauh lebih pantas berbanding rakan-rakan madrasahnya yang lain.

“Abi nak ingatkan Khadijah, jangan sesekali buat hal dekat sini. Kalau Khadijah call aje umi atau abi kata nak balik, abi akan terus terima lamaran Muhammad.” – Yusuf.

Gara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali. Tarim merupakan pusat ilmu dan pentarbiahan yang hebat. Namun bagi Khadijah, Tarim merupakan bumi tandus lagi mundur. Sudahlah pasar rayanya ala-ala Chow Kit dan tiada barangan berjenama, nak melayari Internet pun sebulan sekali saja dibenarkan. Merasakan dirinya terbuang, Khadijah nekad memutuskan hubungan dengan keluarga.

“Kita nak cari mamat Arab handsome kat sini. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah.” – Khadijah.

Demi menyatukan semula Khadijah dengan keluarganya, Muhammad melakukan sesuatu yang di luar pemikiran. Melalui Anggerik Desa, Muhammad dapat mengetahui segalanya tentang Khadijah. Khadijah memberitahu Anggerik Desa yang dia sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki Yaman. Tampan dan berkerjaya sebagai doktor. Fikiran Muhammad semakin kacau apabila dia diminta menguruskan madrasah Pak Cik Sahar, iaitu sahabat baik bapanya, Tak hanya menjadi mudir, Pak Cik Sahar mahukan dia jadi menantu!

“Apa salahnya? Budak Aida tu tak lama lagi tamat belajar. Eloklah kalau kita masuk meminang sekarang. Habis saja hujung tahun ni, terus kita langsungkan perkahwinan mereka.” – Raof.

Perlukah Muhammad mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan Khadijah atau menjadi anak yang taat? Akan terdendangkah qasidah khas buat Khadijah?
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.