Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Karya Publika - Penunggu Lubuk (2023)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Pahang
Anggaran Penghantaran
May 02, 2024 - May 09, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 28.9
Gambaran Kedai
Warongbuku
1 minutes ago
Produk 718
Pengikut 47
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: Karya Publika
Model
: Not Specified
SKU
: 9789672394327
Dimension (Length x Width x Height)
: 18.40 x 11.40 x 1.90
Weight(kg)
: 0.3
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Pahang

Deskripsi Produk

Tajuk: Penunggu Lubuk #  

ISBN: 9789672394327

Penerbit: Karya Publika

Penulis: Pelbagai Penulis

Tahun Terbitan: 2023

Muka Surat: 426

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover


SINOPSIS

BELENGGU-AFFIEYZA ISAHAK

"Kau mana pernah mengandung Dharia! Kau hanya berlakon saja depan suami kau sebab dia dah lama inginkan zuriat sendiri."

Dharia tergamam. Benarkah begitu? Dia bangun dan berdiri di hadapan cermin yang melekat pada almari baju. Tubuhnya diteliti dari atas ke bawah dan pandangannya Jatuh pada perutnya yang kempis. Terus tapak tangan melekap pada perut. Menggigil tangannya.

Aku tak mengandung? Suara itu tipu! Dia pernah mengandung, dia ingat lagi dia dan suaminya pergi membuat pemeriksaan di klinik cuma belum tahu jantina bayi dalam kandungannya. Kelopak matanya tiba-tiba tertancap pada botol bedak kecil, di atas meja solek. Ya, dia masih ingat! Semenjak berbadan dua, selepas mengidam makan beras mentah, dia mengidam pula mahu merasai bedak yang sering bayi gunakan. Bau yang wangi itu membuatkan keinginannya membuak-buak. Sebab itulah ibunya menegur tangannya berbau harum. Jadi betullah dia pernah mengandung!


LUBUK BUSUT-HAFIZUDDIN GHAZALI

Deria baunya terhidu sesuatu yang sangat busuk. Hampir-hampir Munirah termuntah. Bau itu seakan bau tanah yang bercampur dengan darah dan nanah. Sangat busuk. Dia cuba untuk menutup hidung, namun tangannya juga seperti dipasungkan.

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Di hadapannya terlihat wajah pocong itu yang berdiri tegak. Hidungnya dan hidung makhluk itu hampir bersentuhan. Dadanya sudah bergoncang. Bibirnya mula terketar-ketar. Satu aksara pun tidak terluah.

Wajah yang hodoh itu mula mengeluarkan lidahnya yang panjang dan menggerutu. Sesekali muncul ulat dari lidah itu. Keluar merayap lalu jatuh ke tanah. Lidah pocong itu mula menjilat pipi Munirah. Terketar-ketar Munirah menahan takut


LEMBAH PUAKA-IZA IMAN

"Jangan ambil saya. Jangan ambil saya... Berulang-ulang ayat Adira kedengaran begitu.

"Aduh, apa lagi yang ganggu kau ni. Dira? Oh. Tuhan.. bawa jauh-jauh setan itu yang mahu merasuki anak kami, pinta Fazura bersama air mata yang berlinangan. Tidak sanggup dia lihat keadaan Adira begitu.

"Tidak, nak. Mama ada sini, papa pun ada sini. Jangan takut. Cepat-cepat Fazura dakap tubuh Adira seeratnya. Selepas itu, Fazura bawa Adira baring Lama-kelamaan lena juga Adira tidur. Malam itu, Fazura tidur di sisi Adira. Tidak mungkin dia tinggalkan Adira dalam keadaan selalu meracau seperti itu.


 

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.