Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

KOMBO TEGURAN SUCI 3 BUKU: AKIDAH, SIRAH & HADITH
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Johor
Anggaran Penghantaran
Nov 22, 2024 - Nov 29, 2024

Warna

TAJUK BUKU

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 105
Gambaran Kedai
Simply AZ
9 hours ago
Produk 106
Pengikut 42
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: PTS
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.80 x 2.00 x 15.00
Weight(kg)
: 1.7
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Johor

Deskripsi Produk

KOMBO: Siri Teguran Suci mengandungi tiga buah buku iaitu:

1. Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Hadith

2. Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah

3. Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Hadith

Antara ciri-ciri Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah meyakini hadith atau sunnah sebagai teras kepada ajaran Islam keseluruhannya dan merupakan sumber kedua yang utama dalam hukum-hakam, gerak kerja serta penilaian terhadap segala yang berlaku dalam kehidupan manusia di dunia. Sementara itu, wujud golongan yang mengaku Islam tetapi mereka menolak hadith sebagai sumber rujukan kerana beranggapan bahawa al-Quran sahaja yang perlu dirujuk sebagai sumber tunggal.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Haidth adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:

1. Sistem riwayah dan dirayah dalam pengajian hadith.

2. Meninjau al-Hadith daripada perspektif yang sempit.

3. Kedudukan hadith sebagai rujukan kedua dalam Islam.

4. Punca kekeliruan hadith.

 

Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, kefahaman kita mengenai hadith selari mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah

Akidah adalah perkara tunjang utama dalam kehidupan beragama bagi seluruh umat Islam. Akidah yang sahih adalah akidah yang bersih daripada segala perkara yang menyekutukan Allah s.w.t. Sebenarnya tiada manusia yang tidak berakidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Allah s.w.t. Ini kerana beragama dan berakidah adalah salah satu naluri semula jadi manusia. Yang membezakannya adalah sama ada akidah yang dianuti itu benar mahupun tidak.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:

1. Menyingkap Rahsia di Sebalik Kejadian Nur Muhammad, adakah ia benar ataupun bercanggah dengan ajaran Islam?

2. Penyelewengan Akidah Syiah, Qadiani, Baha’i, Al-Alqam dan lain-lain.

3. Akidah Syiah dan ancamannya kepada akidah umat Islam di Nusantara.

4. Perkahwinan mut’ah dalam ajaran Syiah.

Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, akidah kita sebagai Muslim dapat dipelihara.


Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah

Tidak syak lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Keperibadian serta cabaran liku perjalanan dakwah baginda selaku utusan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini bukan sahaja diiktiraf dan dimuliakan oleh orang Islam sahaja, bahkan seluruh makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Sirah perjalanan hidup baginda, para sahabat serta para salafus soleh terdahulu menjadi contoh ikutan dan panduan oleh manusia sehingga akhir zaman.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah adalah nasihat, teguran dan pemurnian sejarah sirah oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan sejarah yang perlu diperbaiki dan diperbetul demi menjamin penyebaran fakta sirah yang benar berdasarkan sumber yang kuat dan berautoriti.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:

1. Sejarah sistem pengkhalifahan terawal oleh Islam.

2. Sejarah pemerintahan Khalifah Muawiyah.

3. Cerita fiksyen dalam sejarah Islam.

4. Saidina Hassan jaguh seks?

 

Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, fakta sirah dapat dipelihara dan tidak mudah diselewengkan oleh para penyeleweng.



Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.