Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca - Zamri Mohamad - Studio Buku
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 28, 2024 - May 05, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

22 Unit lagi
Jumlah
RM 22
Gambaran Kedai
RinggitNiaga Bookstore
33 minutes ago
Produk 1654
Pengikut 897
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Studio Buku
Model
: Not Specified
SKU
: 9786299830702
Dimension (Length x Width x Height)
: 21.00 x 16.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.2016
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca - Zamri Mohamad - Studio Buku


- Tajuk: Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca
- ISBN: 9786299830702
- Penerbit: Studio Buku
- Penulis: Zamri Mohamad
- Tahun Terbit: 2023
- Muka Surat: 105
- Halaman: Hitam Putih
- Format: Softcover
- Berat (kg): 0.12
- Dimensi (cm): 19.0 x 14.0 x 1.0


"Adakah aku benar-benar dapat menulis?"

Menulis kerap dikaitkan dengan keistimewaan milik seseorang bersandarkan bakat. Disebabkan kepercayaan itu, sesuatu yang mahal dipanggil pengalaman dan pengetahuan yang ada pada diri kita mula dikambus. Kedua-duanya dibiarkan sunyi dan ditekan agar ia tidak timbul ke permukaan kehidupan.

Kita cuba menafikan dengan melalui kehidupan bekerja dan mengurus keluarga seperti biasa. Sebaliknya, ada sesuatu yang berlaku.

Apa yang cuba dilupakan semakin kerap berlegar seperti roh yang tidak aman.

Lama kelamaan, hati rasa sakit dan fikiran menjadi terbeban. Hajat yang tidak sempurna selalu merintih agar kisah itu didengari. Kita mula bertanya kepada diri, "Adakah berbaloi sekiranya aku hidup resah begini?"

Sampai bila kita mahu 'berbahagia' dengan perasaan seperti itu? Akhirnya barulah kita tahu kerana diberitahu, menulis datang dari dua jalan. Satu, menulis datang melalui jalan bakat. Dua, menulis juga datang dari jalan sistem kerja.

Buku ini adalah jalan kedua yang menjadi jalan keluar kepada saudara.

Buku ini adalah sahut balas kepada pertanyaan yang diajukan dengan permintaan yang sama, "Bagaimana mahu menulis kisah hidup sedangkan saya bermula dari kosong?"

Buku ini disusun dalam keadaan kita dapat membaca sedikit demi sedikit dan dapat mencipta kejayaan kecil. Insya-Allah, saudara akan bermula tetapi tidak berhenti. Saudara akan berehat jika lelah, tetapi akan menyambung semula penulisan sehingga akhir. Biar sedikit asalkan menjadi.

Buku ini, Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibca akan menyempurnakan perjuangan saudara. Penulisan kita adalah tanda syukur atas nikmat hidup. Kita mengenang nikmat dalam penceritaan. Penulisan kita akhirnya dapat menyusun turun naik hidup sebagai muhasabah panjang.

Kita menulis sebagai satu terapi diri. Kia berdamai dengan kehidupan lalu. Kita memahami ujian dahulu dengan menulis dan membacanya semula. Kita mula memahami, gelap yang dahulu adalah pencerahan hidup sekarang. Makna hidup baharu mula muncul. Kita dapat berdamai terhadap keadaan dan membina semangat hidup baharu.

Boleh jadi kenang-kenangan itu akan menjadi harta paling mahal kepada orang yang terhampir. Tulisan itu dapat diwariskan sebagai harta kasih sayang. Meninggal tetapi tidak melupakan. Mereka dapat memahami hidup dan meneguhkan kehidupan berpandukan ilmu pengetahuan yang disimpan elok dalam penulisan.

Tidak ada kasta dalam penulisan kisah hidup. Ia adalah hak bagi setiap manusia agar mengingati dan diingati, mendengar dan didengari. Jangan berputus asa dan ragu-ragu kepada diri, buku ini menemani perjalanan saudara dari awal sehingga akhir.
"Aku benar-benar dapat menulis."



Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.